Saturday, 31 August 2013

Holiday To Sarawak - Part 3

Assalamualaikum



Seperti sedia maklum (hamboi), aku dan kawan-kawan telah pergi bercuti ke Sarawak (ayat karangan darjah 5). Nampaknya, dah 2 part aku buat. Almaklumlah, 6 hari pergi Sarawak kan, mesti banyak kisah dan cerita perlu dibentangkan, hah giteww

Hari ketiga

Setelah menjadi ahli sejarawan untuk hari pertama dengan melawat muzium-muzium dan menjadi nature lover dengan melihat buaya dan oreng utan pada hari kedua, hari ketiga Liyana (our tourist guide actually our classmate) bawa kitorang ke Taman Negara Bako. Yeahh, hari ketiga ni keinginan untuk melihat laut dan pantai ciptaan Ilahi membuak-buak.

Awal-awal pagi dah bertolak ke Bako National Park. Yelah, nak pergi sini kena lah pergi awal, kalau tak kau kena jungle treking kat tengah panas. Fyi, kalau boleh datang sini biarlah ala-ala sport attire sebab korang memang kena hiking dalam hutan, panjat bukit, lompat akar-akar kayu. Kalau pakai selipar agak kurang sesuai. Takut licin lah ape kan. Ape-ape pun, safety first kan :)

Bayaran masuk ke Bako National Park ni murah je. RM 10 per person. Yang mahal adalah bayaran sewa bot. Aku bertujuh dengan kengkawan aku, jadi kami taknak seperate dan campur with others tourist, sebab takut nanti terpisah, maka kami sewa 2 bot. Total untuk 2 bot adalah RM 188. Paling maksimum 1 bot boleh naik 4 orang. Jadi aku dan kengkawan bahagikan bot menjadi 4/3 orang 1 bot. Senang

Jeti kat Bako National Park

Bot yang kitorang naik. Atas bot wajiblah selca dan camwhore. Weeeeee :)

Alhamdulilah. Cuaca sangat baik pagi tu. Subhanallah, cantik sangat view

Spek dan topi harus selari, baru ada Ummhh ! Haha

Memasing dengan gaya tersendiri. Anyonyonyooo

Adalah dalam 15 minit perjalanan dari jeti ke Taman Negara Bako ni. Tu yang kami sempat snap beberapa gambar atas bot. Mesti pakcik bot tu dah tak pelik dengan aksi-aksi penumpang bot yang macam kami ni. Mestilah nak abadikan kenangan naik bot kan, bukan senang nak naik bot weh

Oke, perasaan masa ni dah tak sabar nak hiking lah kononnya. Padahal, cuak jugak sebab dah lama tak masuk hutan

Masuk dalam ni, kena pergi kat kaunter pendaftaran dulu sebelum boleh hiking. Yela, nak tau trail mana yang kitorang boleh pilih dan kena pilih yang paling dekat dan senang. Kat sini banyak trail, kalau takut sesat, boleh minta guider masa nak jalan tapi kena bayar rm 100 per day. Memandangkan dah mahal, kami dengan slambernya, berjalan bersama tanpa sebarang guider. Cuma berpandukan peta yang diberi. Walaupun kami semua perempuan, tapi kami mampu. Cayalaaaah !

Haaah, belum mula hiking lagi, tapi dah bersepah-sepah si haiwan wajib samak ni depan mata. Mulalah menggelabah kami ni.

Tapi alhamdulilah, sepanjang perjalanan naik bukit turun bukit ni, tak jumpa si haiwan wajib samak ni. Kalau jumpa, memang nak terkucil kat situ jugaklah nampaknya. Kami pilih trail 2.6 km, jauhkan dan memerlukan perjalanan selama 2 jam. Kami pilih trail ni sebab nak sampai betul-betul kat sea stack yang memang semua orang tengok kat Bako National Park ni. Jadi korang yang nak hiking perlu bijak merancang perjalanan anda.

Dalam perjalanan yang jauh ni, adalah dalam beberapa kali stop dan rehat. Yelah, panjat bukit kan, memanglah penat. Dinasihatkan supaya bawa bekal air dalam 3 botol sebab memang penat dan menghauskan, lagi-lagi kalau hiking waktu tengah hari. Sumpah belecak ketiak, tekak pun haus setiap masa

Antara laluan yang kami kena lalu. Relax dan cool, korang kena ikut je trail yang diberi berdasarkan peta yang korang dapat tu

Yeah, finally, berbaloi-baloi hiking 2.6 km ni yang penuh pancaroba dan halangan. Kami dapat lihat scenery yang sangat amazing. Subhanallah !

Miahahaha. Berlatar belakangkan laut yang cantik sangaaaaaaat !

Sementara tunggu pakcik bot sampai, kami pun apa lagi, bergambar sakanlah. Apa lagi yang boleh dibuat bila sudah bertujuh begini kan :)

Kami start hiking around pukul 10 camtu. Dan kami sampai pukul 12. Nampaknya perjalanan kami cuma mengambil masa dalam 1 jam lebih. Dari Teluk Pandan Kecil ni, kami kena tunggu pakcik bot untuk balik ke jeti. Bayaran dikenakan lagi sebanyak RM 35/bot sebab bayaran RM 188 tadi cuma sampai ke Teluk Assam sahaja. Memang agak mahal, tapi dengan apa yang kami dapat, berbaloi jugak lah :)

Sila fokus kat sea stack yang kat belakang tu ye. Bukan 2 orang model yang penuh gaya ni. Hikhik

Oke ni sebenarnya the sea stack yang memang wajib korang tengok bila sampai kat Bako National Park ni.

Dan untuk hari ketiga kat Sarawak, aku cuma pergi Taman Negara Bako je, sebab pergi sini pun dah penat ya amat. Satu badan dah sakit-sakit. Kaki pun dah sengal-sengal je, lama sangat tak buat kerja-kerja memanjat ni kan. Balik je rumah Liyana, terus semua bantai membuta sebab penat tak ingat.




 

Holiday To Sarawak - Part 2

Assalamualaikum

First of all, Happy Independence Day my country, MALAYSIA. I'm very proud to be Malaysian. Ehek ;)

Memandangkan masih berbaki cuti seminggu, mahu aku penuhkan entry aku dengan percutian aku ke Sarawak dan Singapore. Tapi Singapore tu biar entry ke Sarawak siap, baru update yang ke Singapore. Tehee. Well, PART1 done, now proceed to Part 2. Amboi, macam dah cuti-cuti malaysia aku rasa, siap berpart-part. Haaa, gitewww

Hari kedua

The next day kat Sarawak, Liyana as our tourist guide bawa kitorang pergi ke Jong Crocodile Farm and Semenggoh Wildlife Centre. Hari kedua ni kira macam jadi nature lover gitu. Pergi tengok buaya, tengok oreng utann ( pronounce macam mat saleh oke ).

Dalam pukul 9.30, kami sampai kat Jong Crocodile Farm. Sampai-sampai tu memang tak ada orang. So, aku expect, weekdays memang takde orang ataupun tak ramai orang. Nak masuk kat Jong Crocodile Farm ni, bayarannya ialan RM 10 untuk sarawakian adults dan RM 16 untuk non-sarawakian adults. Yang child aku tak ingat berapa. Luckily Liyana memang orang sarawak, so kami yang duduk kat semenanjung ni dapatlah harga as sarawakian. Heee. 

Hai, we are 'Sarawakians' kihkih

Berposing + candid

Kami sampai tu, kira awal lah, sebab niat datang situ nak tengok show buaya pukul 11.00 pagi. Show buaya kat sini ada 2 waktu, waktu pagi pukul 11.00 pagi, waktu petang pukul 3.00. Kami ingatkan pukul 10.00 pagi show dia, rupanya pukul 11.00, jadi kami pun jalan-jalanlah dalam crocodile farm tu. Masa sampai tu, kitorang nampak ada 2 buaya yang dah mati, and workers kat situ tengah nak bury that buaya. Busuk kot, yela bangkai kan

2 ekor bangkai buaya yang akan dikebumikan.

antara keletah-keletah buaya yang mencuit hati

Tunggu punya tunggu, sampailah show buaya. Ya, mari kita lihat aksi buaya yang memang pelahap ni. Mula-mula nak tengok tu, rasa seram sejuk jugak lah, bimbang kang sang buaya melompat keluar pagar, mana nak cari tanah lari weh. Haha
 
Sang buaya sedang cuba menangkap mangsanya

Yeah, aksi-aksi buaya yang sexy sangat. wikiwkiki 

Habis je show ni, kami terus decide nak pergi makan, sebab nak pergi tengok oreng utan pulak lepas tu. Kami terpaksa drive patah balik pergi Kuching Sentral sebab kami tak tahu kedai makan mana yang dekat kat area crocodile farm tu. Agak jauh jugak lah perjalanan tu sebenarnya

Dah siap makan, solat semua, kami straight to Semenggoh Wildlife Centre. Nak masuk ni, bayaran adalah RM 5 per person. Murah je kan. Lepastu, kalau naik bus, memang tak boleh lah bawa bus masuk dalam tu, tapi jangan risau, ada van yang boleh bawa korang masuk dalam hutan tu. Kalau taknak naik van, nak jalan kaki pun boleh, ada lah dalam 1 km nak jalan kaki, boleh belecak ketiak kalau jalan, tapi yang memang suka tengok nature, digalakkan berjalan

Cakk ! haa. Yang ni nama die Wawa kot. Tah banyak nama die panggil, Ricky lah, Nina lah. Amboi, nama oreng utan ni glamour kau.

Nak tengok oreng utan ni kena sabar, nak panggil mereka-mereka ini sangatlah susah. Korang tak boleh bising masa tengah tunggu tu. Kena senyap je. Kalau tak, memang oreng utan tu malu-malu nak keluar

Untuk tengok show macam ni, korang kena datang pukul 3 petang. Yang waktu pagi punya aku tak sure pukul berapa.
Habis je tengok oreng utan, teruslah balik kan. Takkan nak tempah chalet semata-mata nak tengok oreng utan. 

Hai, saya model Semenggoh yang tak semenggah :P

Next top model Amerepek. Haha

Wiwiwiwi. Kami bertujuh.

Think nature, Love nature, Be with nature, and be natural. Jangan nak hipokrit. Eh, kaitan dan motif ?

Then habislah pengembaraan melihat sang buaya dan si oreng utan yang punya nama glamour tu :)

Hari ketiga kami ke Bako National Park. Wait yaaahh for the next entry ^_^

 

Thursday, 29 August 2013

Holiday to Sarawak - Part 1

Assalamualaikum

Minggu lepas, aku dan 5 orang classmates aku telah pergi ke sarawak untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sem kitorang before we have our internship on this coming 2 weeks. Kitorang spend 6 hari kat sarawak, and luckily ada classmates kitorang yang memang asal sarawak, so memang dia jadi tourist guide for us. 

Pada 22 August 2013, pukul 7.55 pagi, berangkatlah kami ke sarawak dengan Air Asia. Awal-awal pagi dah kena check in kat Airport Senai, Johor. Sampai je kat Sarawak, Liyana kawan kitorang yang duduk kat Sarawak dah wait for us. Then straight to her house, letak luggage semua before start our trip. 

Hari Pertama

Tempat pertama kitorang pergi on the first day adalah Muzium Kucing. Hari pertama semua pergi tempat yang berilmiah, tengok sejarah kucing, lepastu pergi muzium lagi. Semua muzium kitorang pergi hari pertama tu.

Abadikan kenangan kat sini. Thanks untuk pakcik yang sudi ambil gambar kitorang yang giler bergambar ni :)

Pilih kucing mana yang korang berkenan. Ahak Meow Meowww

Lepastu kitorang tengok ikan-ikan pulak. Tetiba timbul pulak jiwa keikanan bila tengok ikan, tadi dah timbul jiwa kekucingan. Eh, ada ke jiwa itu ? Ahhh, belasah je lah. Hikhik 

Bergambar sikit dengan ikan-ikan.

Atas jenjatas pun jadi. Dari kiri, Jijah - Hana - Dek Wan - Aku - Mek laa - Yana dan jurufoto is Odah :)

Walaupun panas, kami tetap gagah untuk bergambar.


Lepas dah pergi muzium semua sana sini, tekak yang kering harus dibasahkan. Liyana pun bawa kitorang pergi Kedai Swee Kang untuk minum-minum. Fyi, kat sarawak ni, kita tak perlu risau kalau kedai tu macam nampak-nampak cina, tapi sebenarnya kedai tu muslim pun boleh masuk sebab dia halal. Tapi kalau dah terang-terang nampak ada pork, kalau kau masuk jugak, itu kurang bijak lah tu


1. Mee belacan
2. Umai
3. White lady
4. Kangkong sotong

Semua makanan ni sedap-sedap. Kat semenanjung memang tak pernah jumpa.Yang paling sedap aku rasa adalah white lady. Kalau kita kat semenanjung, white lady ni some sort like cock tail, cuma white lady ni lagi best and fresh sebab dia ada ice-blended and buah-buahan lagi banyak. Memang nyaman sangat 

Lepas pekene white lady, kitorang terus pergi jalan-jalan kat bandar Kuching. Seronok rupanya bila explore kat negeri orang ni. Paling wajib, kene ambil gambar. Kitorang parking kat Kampung Boyan, lepastu kene naik perahu pergi ke seberang. Murah je naik perahu ni, RM 0.50 je seorang

"Eh, pakcik, tengok kamera please.

View sungai yang kitorang kene seberang. Paling takut bila aku nak terbalik masa nak turun dari perahu ni. Wuuuuu

Jalan-jalan kat bandar Kuching ni, mestilah kena ambil gambar dengan monumen patung kucing kan, kalau tak, tak nampak Kuching lah kan. Hikhik.

Berlatar belakangkan monumen patung kucing

One of me. Eh


Malam pulak, Liyana bawa kitorang makan. The time that we are waiting for. Haha. Liyana bawa kitorang semua makan kat My Village Barok. 

Menu kat My Village Barok

Setelah memilih makanan mana yang wajib kitorang makan, aku syorkan makanan ni korang wajib cuba kalau kat makan kat sini.


1. Sirap Barok Special - RM 2.70
2. Midin - RM 20 (medium)
3. Ayam Pansuh - tak ingat harga
4. Nasi ayam penyet - RM 9


Sirap Barok ni sedap sangat sebab dia ada campuran oren dengan sirap, lepastu ada laici pulak. Yang midin pulak, ia adalah pucuk paku pakis yang digoreng macam campur belacan, ni aku rasa lah. Ayam pansuh ni sedap sangat, lepastu lembut gila, ayam ni dimasak kat dalam lemang, macam masak lemang tu. Nasi ayam penyet kat sini pun sedap, ayam penyet dia macam ayam percik aku rasa. Kena dengan selera aku lah. Hihi

Lepas melantak, kitorang pergi jalan-jalan, then terus balik rumah. Penat dari JB terus berjalan bila sampai sarawak. Ni baru hari pertama sampai, ada lagi 5 hari kat Sarawak. Hari lain, entry lain yer.

Hari pertama pun dah rasa best kat Sarawak :)

Wednesday, 28 August 2013

WORDLESS WEDNESDAY - holiday

Muzium Kucing, Sawarak - Taman Negara Bako, Sarawak - Universal Studio Singapore :)

Sunday, 18 August 2013

RESIPI : Kek Batik yang sangat simple

Assalamualaikum

Hai hai hai. Bertemu kembali di segmen dapur berhangit aku. haah ! tak payah nak berangan ada segmen segala bagai, ni sekadar perkongsian ilmu masakan yang masih sedikit dan tipis. ouhh ayat minta lempang sedas. Di musim perayaan ni mesti orang tergila-gila nak buat kek kan. Jom aku share satu resipi yang sangat mudah dan simple. Iaitu KEK BATIK ngokngek by Mata Saya Bulat heeee

Oke, First of all, benda paling utama ialah bahan-bahan yang perlu ada


1. Milo 200 gram. ( beli yang paling kecik sekali )
2. Susu 1 tin ( kalau taknak manis sangat, kurangkan lah ke 3/4 tin )
3. 250 gram butter 
 

Lastly, kene ada biskut marie yang rapuh lagi sedap. Aku guna sepeket biskut marie je, lepastu biskut marie ni harus dipatah-patahkan menjadi 4 bahagian. baru nampak batik nanti bila buat :) Kau nak patahkan jadi 8 bahagian pun boleh


Cara-cara membuat :


Panaskan kuali. Bila dah cukup panas, masukkan sedebuk butter tadi ke dalam kuali. Cairkan butter tadi sehingga nampak macam mendidih yer
 

Lepas dah mendidih si butter tadi, masukkan pulak susu pekat. Sukatan susu boleh dikurangkan kepada setengah tin atau 3/4 tin kalau korang tak suka manis. Kan kita kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman (pesanan penaja). Kacau susu dan butter yang dah dimasukkan tadi. Kacau susu+butter dengan kelajuan yang agak maksima supaya sebatii
 

Agak-agak dah sebati dan mendidih, masukkan pulak milo. Milo ni boleh digantikan dengan koko. Kalau koko, sukatannya bukan lagi 200 gram, tapi cuma setengah cawan, takpun korang agak-agaklah ikut berapa banyak korang buat. Koko ni pahit, jadi jangan terlebih letak ye (pesanan penaja)
 

Kacau milo+susu+butter tadi dengan kelajuan tahap maksima, sebab nak elakkan dari berketul-ketul, tapi pastikan keselamatan harus diutamakan yer puan-puan sekalian. Masukkan secawan air atau lebih, ikut rasa masing-masing kedalam milo+susu+butter tadi. Ni nak elakkan dari campuran keras jadi batu :P
 

Bila dah rasa sebati dan mendidih, bolehlah masukkan biskut yang telah dipatah riukkan tadi. Lepastu, bolehlah dikacau sampai semua campuran milo tadi rata kat biskut. 

 
Keadaan biskut yang telah dilumur dengan milo. Bagai coklat mencurah-curah keladang gandum ! WAHAHAHA. Tunggu sekejap lepastu matikan api


Seterusnya, masukkan biskut yang telah lemas dalam coklat tadi kedalam loyang atau pun bekas. Padatkan biskut dengan spatula ataupun sudu. Kalau tangan kebal, boleh guna tangan. Letaklah chocolate rice or whatever hiasan yang korang rasa nak letak
 

Kek lapis siap dipotong dan dimakan. Yummy
 
Oke, gambar blur sebab tangan time ni sebok sumbat kek batik dalam mulut

Banyak lagi resipi kek batik ni sebenarnya, tapi aku buat ni yang paling simple dan murah. Ada resipi guna telur, tapi aku tak guna sebab aku ni malas sikit :P


Selamat mencuba ^^,
 

Friday, 16 August 2013

Raya lagi 2013

RAYA 2012

 Assalamualaikum

Selamat hari raya, maaf zahir batin aku ucapkan buat semua yang membaca blog cikai aku ni. ehh, cikai ke ? hikhik dah 10 hari raya, baru aku sibuk nak ucap selamat hari raya. Teruk sangat dah aku ni. Kalau tahun lepas, entry raya aku sampai 5 part, tahun ni nak pendekkan story, maka jadi satu entry je

Yerla, orang cakap, 'Pendekkaaaaan'

So aku pendekkan cerita raya aku kali ni. Raya aku kali ni agak sedih sikit pada mulanya, sebab raya pertama aku langsung tak best. Serius tak best. Hukhuk. *lap air mata*

Raya pertama, aku tak pakai pun baju raya, sebab teeettttttt. biarlah ianya menjadi rahsia aku sendiriii. acecehhh. Then, raya aku jadi best pada raya kedua sebab aku balik kampung. Sebenarnya raya kat kampung teramatlah best dengan sanak sedara yang ramai nak gilaaa tu

Macam biasa, kalau dah jumpa sanak sedara, memang selalunya meriah tu lain macam. Dengan gelak ketawa macam tak ingat dunia, pastu cerita jangan cakap lah. Non stop :D

Lagi best bila bergambar tu, memasing dah macam model. Well, memasing kan pernah memasang hasrat untuk menjadi model ala-ala ratu dunia. Oke ni tipu sangat. Jadi bila bergambar tu, macam-macam gaya ada. 

ni tak cukup kuota lagi ni. sebab ada yang takde lagi kat kampung mase ni. biasalah, raya kan kene ikut turn, so ada yang sepupu aku tu tak sampai lagi kampung masa ni, jadi hanya ini je yang berjaya dapat ambil

kat kampung ni, seronoknya bila buat konvoi reramai dengan semua saudara mara pergi menziarah rumah-rumah sedara yang lain. Selalunya, setiap tahun memang akan buat konvoi 5 buah kereta macam tu. Rumah yang selalu diserbu ialah rumah nenek sedara, moyang sedara, entah mana-mana lagi sedara yang aku sendiri tak kenal. Agaknya kalau bertembung tengah jalan pun, aku tak kenal kot sedara sendiri Hakhak 

Walaupun gambar ni kurang jelas, tapi aku nak upload jugakkk. Sebab gambar ni rare. Haha. Ni baru separuh je ni ahli keluarga aku
Ada satu rumah tu, kitorang pergi rumah yang dibuat homestay. Jadi kat sekeliling kawasan rumah tu cantik, dengan bunga-bunga dan pokok-pokok yang sangat awesome untuk kami ambil gambar. Maka, selepas je makan-makan kat rumah tu, terus keluar rumah ambil gambar. Ya Allah, perangai sensorang terasa jakun pulak. miehehehe

Yayayayayaya. Lihat kami. Tengok kami.

Lepastu pegi pulak rumah moyang sedara. Ni pun nenek sedara yang bawa, kalau ikutkan yang muda-muda ni, memang tak ingat mana rumah die. Almaklumlah, kami yang muda ini hanya mengikut.

 
Tengah sesedap posing, tetiba pakcik aku sorang interframe. Oke. Rare sangat gambarrr ni. HAHA

Beraya ni sebenarnye penat tapi sangat best. Yerlah, dapat jumpa sanak sedara dan berkumpul reramai. Bukan senang nak jumpa kann. Ikatan kekeluargaan ni lah yang harus dijaga dan dipelihara sampai hujung nyawa. ;)

Hari raya keenam, ramai-ramai pergi Yong Peng dan Moakil tempat sedara jugak. Sebenarnya tujuan utama nak hantar sorang sepupu yang dah habis cuti tu, dia kena balik UiTM Segamat. Terpaksalah terima, orang masih sibuk beraya dia dah kena balik U. Gila tak sedih, nak meleleh jugaklah air mata diaa haha

koleksi anak dara dalam family, aku paling tua dan paling besar. Semua ni masih available. Eh eh eh. Motif kau apa ? 
Aku dan baju raya aku. Yang satu tu bukan baju raya pun, baju dinner, tapi pakai baru sekali, buat apa membazir, pakailah untuk raya jugak

In Sha Allah. Semoga raya kali ni membawa berkat dan seribu rahmat. Amin Ya Rabbal Alamin :)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good