Tuesday, 15 May 2012

test yang berganda

assalamualaikum. 


sekarang ni aku tengah meregangkan urat-urat yang tegang setelah sehari kuliyah. dari jam lapan sampai enam. badan tak sempat nak rehat, dah kena bangun tidur untuk pergi class pukul 3 tadi. lepas tu pukul 4, ada class arab dan ada test pulak.


know yarrr. test tadi quite challenging. alhamdulilah. aku mampu jawab dengan baik. tapi markah nanti ? tak tau laaah.


and then. minggu depan. start ahad ni. aku ada test yang berderet-deret macam kereta api. non-stop oke test aku next week. aku rasa macam nak melancarkan darurat agar jangan buat aku stress dan jangan buat aku marah. sebab aku maybe dalam keadaan yang sangat pressure next week. sure punya lah.


20 may 2012 - test numerical
21 may 2012 - test akaun
22 may 2012 - arabic listening test 1 & 2
24 may 2012 - BEL 442 test ( annotated bibliography )

YA ALLAH. berikan aku kemudahan dan kesabaran dan kerajinan serta ketabahan yang tinggi untuk aku tempuhi ujian-ujian mendatang. aminnn.

mata dah kuyu je ni rasa macam nak tertonggeng tidur. tapi tak boleh. sebab lepas asar tak elok tidur. (:



Sunday, 13 May 2012

please awak..



untuk awak.

I'm begging to u.
jangan pernah buai perasaan ini.
jangan ingin untuk sentuh hati ini.
jangan mahu miliki hati ini.
jangan minta cinta ini.
jangan tagih kasih ini.
jangan usik rindu ini.
jangan belai jiwa ini.
jangan layan diri ini.


andai awak tak pernah ingin mahu saya.
andai awak tak pernah mahu cinta saya.
andai awak tak pernah hendak diri saya.
andai awak tak pernah niat untuk miliki saya.


sebab saya mula sayangkan awak.
sebab saya mula tempatkan awak dalam hati saya.
sebab saya mula rindukan perhatian awak.
sebab saya mula ingin awak dalam hidup awak.


saya takut untuk kecewa lagi.
saya tak mampu awak untuk menderita lagi
dalam hati yang masih berdarah.
saya masih merangkak-rangkak untuk berdiri semula
dari kelukaan lama.
saya masih bertatih untuk melangkah dalam lembaran baru.

 terima kasih sebab sudi terima saya as your best friend
it is more than enough.

)':


 

aku cuma mampu diam.

malam-malam yang dah nak tengah malam ni, memang rasa macam nak layan perasaan je. lama dah tak layan perasaan kan. selalunya layan diri yang sememang sentiasa nak happy dan gumbira dan asyik nak golak ketawa macam rasa diri ni riang ribena. 

* ohh ayat kemain panjang macam tali rafia 500 meter

tapi sebenarnya. sebenanrnya. sebenarnya.

kali ni terima kasih kepada ustaz azhar idrus

dalam diam. aku memendam rasa. aku simpan rasa sedih. rasa sengsara. rasa seksa dalam jiwa ni. rasa sunyi. rasa hati yang kian lama kian parah. makna apakah ini.

aku mungkin boleh simpan rasa ini dalam ketawa. aku mungkin boleh tersenyum walaupun hati ini terluka dan berdarah. aku pasti mampu tergelak tatkala aku lupakan sebentar masalah perasaan yang semakin hari semakin sakit

aku memang banyak cakap.
aku memang selalu loyar buruk.
aku memang suka ketawa.
aku memang gemar bergurau.
aku memang akan riang dihadapan orang.
aku memang jadi orang tak matang bila dengan kawan.

tapi aku memendam seribu kedukaan dalam hati. aku terasa mahu menangis. terasa mahu meluah. terasa mahu menghamburkan segala yang tersimpan dalam jiwa. aku sengsara sebenarnya dengan perasaan ini. aku rasa aku tak mampu untuk memendam lagi


ya ALLAH. KAU berikan aku kekuatan untuk aku tempuhi hidup ini.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good

KLIK LAH SAYE