Friday, 16 August 2013

Raya lagi 2013

RAYA 2012

 Assalamualaikum

Selamat hari raya, maaf zahir batin aku ucapkan buat semua yang membaca blog cikai aku ni. ehh, cikai ke ? hikhik dah 10 hari raya, baru aku sibuk nak ucap selamat hari raya. Teruk sangat dah aku ni. Kalau tahun lepas, entry raya aku sampai 5 part, tahun ni nak pendekkan story, maka jadi satu entry je

Yerla, orang cakap, 'Pendekkaaaaan'

So aku pendekkan cerita raya aku kali ni. Raya aku kali ni agak sedih sikit pada mulanya, sebab raya pertama aku langsung tak best. Serius tak best. Hukhuk. *lap air mata*

Raya pertama, aku tak pakai pun baju raya, sebab teeettttttt. biarlah ianya menjadi rahsia aku sendiriii. acecehhh. Then, raya aku jadi best pada raya kedua sebab aku balik kampung. Sebenarnya raya kat kampung teramatlah best dengan sanak sedara yang ramai nak gilaaa tu

Macam biasa, kalau dah jumpa sanak sedara, memang selalunya meriah tu lain macam. Dengan gelak ketawa macam tak ingat dunia, pastu cerita jangan cakap lah. Non stop :D

Lagi best bila bergambar tu, memasing dah macam model. Well, memasing kan pernah memasang hasrat untuk menjadi model ala-ala ratu dunia. Oke ni tipu sangat. Jadi bila bergambar tu, macam-macam gaya ada. 

ni tak cukup kuota lagi ni. sebab ada yang takde lagi kat kampung mase ni. biasalah, raya kan kene ikut turn, so ada yang sepupu aku tu tak sampai lagi kampung masa ni, jadi hanya ini je yang berjaya dapat ambil

kat kampung ni, seronoknya bila buat konvoi reramai dengan semua saudara mara pergi menziarah rumah-rumah sedara yang lain. Selalunya, setiap tahun memang akan buat konvoi 5 buah kereta macam tu. Rumah yang selalu diserbu ialah rumah nenek sedara, moyang sedara, entah mana-mana lagi sedara yang aku sendiri tak kenal. Agaknya kalau bertembung tengah jalan pun, aku tak kenal kot sedara sendiri Hakhak 

Walaupun gambar ni kurang jelas, tapi aku nak upload jugakkk. Sebab gambar ni rare. Haha. Ni baru separuh je ni ahli keluarga aku
Ada satu rumah tu, kitorang pergi rumah yang dibuat homestay. Jadi kat sekeliling kawasan rumah tu cantik, dengan bunga-bunga dan pokok-pokok yang sangat awesome untuk kami ambil gambar. Maka, selepas je makan-makan kat rumah tu, terus keluar rumah ambil gambar. Ya Allah, perangai sensorang terasa jakun pulak. miehehehe

Yayayayayaya. Lihat kami. Tengok kami.

Lepastu pegi pulak rumah moyang sedara. Ni pun nenek sedara yang bawa, kalau ikutkan yang muda-muda ni, memang tak ingat mana rumah die. Almaklumlah, kami yang muda ini hanya mengikut.

 
Tengah sesedap posing, tetiba pakcik aku sorang interframe. Oke. Rare sangat gambarrr ni. HAHA

Beraya ni sebenarnye penat tapi sangat best. Yerlah, dapat jumpa sanak sedara dan berkumpul reramai. Bukan senang nak jumpa kann. Ikatan kekeluargaan ni lah yang harus dijaga dan dipelihara sampai hujung nyawa. ;)

Hari raya keenam, ramai-ramai pergi Yong Peng dan Moakil tempat sedara jugak. Sebenarnya tujuan utama nak hantar sorang sepupu yang dah habis cuti tu, dia kena balik UiTM Segamat. Terpaksalah terima, orang masih sibuk beraya dia dah kena balik U. Gila tak sedih, nak meleleh jugaklah air mata diaa haha

koleksi anak dara dalam family, aku paling tua dan paling besar. Semua ni masih available. Eh eh eh. Motif kau apa ? 
Aku dan baju raya aku. Yang satu tu bukan baju raya pun, baju dinner, tapi pakai baru sekali, buat apa membazir, pakailah untuk raya jugak

In Sha Allah. Semoga raya kali ni membawa berkat dan seribu rahmat. Amin Ya Rabbal Alamin :)

 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good