Saturday, 31 August 2013

Holiday To Sarawak - Part 3

Assalamualaikum



Seperti sedia maklum (hamboi), aku dan kawan-kawan telah pergi bercuti ke Sarawak (ayat karangan darjah 5). Nampaknya, dah 2 part aku buat. Almaklumlah, 6 hari pergi Sarawak kan, mesti banyak kisah dan cerita perlu dibentangkan, hah giteww

Hari ketiga

Setelah menjadi ahli sejarawan untuk hari pertama dengan melawat muzium-muzium dan menjadi nature lover dengan melihat buaya dan oreng utan pada hari kedua, hari ketiga Liyana (our tourist guide actually our classmate) bawa kitorang ke Taman Negara Bako. Yeahh, hari ketiga ni keinginan untuk melihat laut dan pantai ciptaan Ilahi membuak-buak.

Awal-awal pagi dah bertolak ke Bako National Park. Yelah, nak pergi sini kena lah pergi awal, kalau tak kau kena jungle treking kat tengah panas. Fyi, kalau boleh datang sini biarlah ala-ala sport attire sebab korang memang kena hiking dalam hutan, panjat bukit, lompat akar-akar kayu. Kalau pakai selipar agak kurang sesuai. Takut licin lah ape kan. Ape-ape pun, safety first kan :)

Bayaran masuk ke Bako National Park ni murah je. RM 10 per person. Yang mahal adalah bayaran sewa bot. Aku bertujuh dengan kengkawan aku, jadi kami taknak seperate dan campur with others tourist, sebab takut nanti terpisah, maka kami sewa 2 bot. Total untuk 2 bot adalah RM 188. Paling maksimum 1 bot boleh naik 4 orang. Jadi aku dan kengkawan bahagikan bot menjadi 4/3 orang 1 bot. Senang

Jeti kat Bako National Park

Bot yang kitorang naik. Atas bot wajiblah selca dan camwhore. Weeeeee :)

Alhamdulilah. Cuaca sangat baik pagi tu. Subhanallah, cantik sangat view

Spek dan topi harus selari, baru ada Ummhh ! Haha

Memasing dengan gaya tersendiri. Anyonyonyooo

Adalah dalam 15 minit perjalanan dari jeti ke Taman Negara Bako ni. Tu yang kami sempat snap beberapa gambar atas bot. Mesti pakcik bot tu dah tak pelik dengan aksi-aksi penumpang bot yang macam kami ni. Mestilah nak abadikan kenangan naik bot kan, bukan senang nak naik bot weh

Oke, perasaan masa ni dah tak sabar nak hiking lah kononnya. Padahal, cuak jugak sebab dah lama tak masuk hutan

Masuk dalam ni, kena pergi kat kaunter pendaftaran dulu sebelum boleh hiking. Yela, nak tau trail mana yang kitorang boleh pilih dan kena pilih yang paling dekat dan senang. Kat sini banyak trail, kalau takut sesat, boleh minta guider masa nak jalan tapi kena bayar rm 100 per day. Memandangkan dah mahal, kami dengan slambernya, berjalan bersama tanpa sebarang guider. Cuma berpandukan peta yang diberi. Walaupun kami semua perempuan, tapi kami mampu. Cayalaaaah !

Haaah, belum mula hiking lagi, tapi dah bersepah-sepah si haiwan wajib samak ni depan mata. Mulalah menggelabah kami ni.

Tapi alhamdulilah, sepanjang perjalanan naik bukit turun bukit ni, tak jumpa si haiwan wajib samak ni. Kalau jumpa, memang nak terkucil kat situ jugaklah nampaknya. Kami pilih trail 2.6 km, jauhkan dan memerlukan perjalanan selama 2 jam. Kami pilih trail ni sebab nak sampai betul-betul kat sea stack yang memang semua orang tengok kat Bako National Park ni. Jadi korang yang nak hiking perlu bijak merancang perjalanan anda.

Dalam perjalanan yang jauh ni, adalah dalam beberapa kali stop dan rehat. Yelah, panjat bukit kan, memanglah penat. Dinasihatkan supaya bawa bekal air dalam 3 botol sebab memang penat dan menghauskan, lagi-lagi kalau hiking waktu tengah hari. Sumpah belecak ketiak, tekak pun haus setiap masa

Antara laluan yang kami kena lalu. Relax dan cool, korang kena ikut je trail yang diberi berdasarkan peta yang korang dapat tu

Yeah, finally, berbaloi-baloi hiking 2.6 km ni yang penuh pancaroba dan halangan. Kami dapat lihat scenery yang sangat amazing. Subhanallah !

Miahahaha. Berlatar belakangkan laut yang cantik sangaaaaaaat !

Sementara tunggu pakcik bot sampai, kami pun apa lagi, bergambar sakanlah. Apa lagi yang boleh dibuat bila sudah bertujuh begini kan :)

Kami start hiking around pukul 10 camtu. Dan kami sampai pukul 12. Nampaknya perjalanan kami cuma mengambil masa dalam 1 jam lebih. Dari Teluk Pandan Kecil ni, kami kena tunggu pakcik bot untuk balik ke jeti. Bayaran dikenakan lagi sebanyak RM 35/bot sebab bayaran RM 188 tadi cuma sampai ke Teluk Assam sahaja. Memang agak mahal, tapi dengan apa yang kami dapat, berbaloi jugak lah :)

Sila fokus kat sea stack yang kat belakang tu ye. Bukan 2 orang model yang penuh gaya ni. Hikhik

Oke ni sebenarnya the sea stack yang memang wajib korang tengok bila sampai kat Bako National Park ni.

Dan untuk hari ketiga kat Sarawak, aku cuma pergi Taman Negara Bako je, sebab pergi sini pun dah penat ya amat. Satu badan dah sakit-sakit. Kaki pun dah sengal-sengal je, lama sangat tak buat kerja-kerja memanjat ni kan. Balik je rumah Liyana, terus semua bantai membuta sebab penat tak ingat.




 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good