Monday 28 January 2013

RESIPI : kek coklat yang simple

assalamualaikum

bila duduk rumah kan, mak aku memang suka buli aku tau. kang dia suka suruh aku buat itu ini. yang paling best, mak aku suka sangat suruh buat makanan. sudah tentu, aku kena masak. lepastu mulalah suruh buat kek lah, apa lah. makanya, meh sini chef EYZA nak bagi resipi guano nak buat kek coklat yang senang dan sedap :)

first of all, bahan-bahan yang perlu ada :

- 250 gm marjerin
- 1 setengah cawan gula halus
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan koko
- 1 cawan air
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung kek



1. masukkan 1 setengah cawan gula halus
2. lepastu masukkan pulak 250 gm marjerin dalam bekas yang sama. approximately 250 gm tu macam sebuku butter cup tu
3. pukul gula halus dan marjerin sampai kembang ( tips : pukul 1 arah pusingan. kenapa ? aku lupa nak tanya mak aku kenapa )
4. pukul sampai nampak putih ye =)

cawan yang aku gunakan untuk sukatan buat kek ni. kang ada pulak yang guna cawan besar godang tu. jangan ye. esen vanila ni optional. nak letak boleh, taknak letak pun boleh. kalau letak lebih afdal, nanti kek jadi wangi



5. bila dah pukul sampai kembang dan putih. masukkan telur satu persatu. ( sila abaikan tangan yang menyibuk tu ye )
6. lepastu pukul lagi adunan lepas dah masukkan telur tu
7. pukul lagi sampai kembang. pastikan masih lagi 1 arah pusingan ye masa pusing-pusing guna mixer tu

lepastu ni cara nak campur koko, gula dan air


8. 1 cawan koko diperlukan
9. masukkan koko dalam periuk yang bersesuaian
10. campurkan 1 cawan gula dan 1 cawan air
11. didihkan 3 bahan ini. koko + air + gula

kacau gula + cawan + koko tadi sampai mendidih oke. then, cool it before put it into the mixture

aku tak guna tepung kek sebab tetiba stok tepung kek unavailable pulak. jadi aku gantikan dengan 2 cawan tepung gandum. bila guna tepung gandum, kita kena tambah dengan setengah sudu teh bikarbonat dan setengah sudu baking powder

kene ayak tepung gandum dan segala benda ni ye untuk pastikan tepung tu halus. kalau guna tepung kek takpayah lah nak ayak sebab tepung kek dah halus. kalau guna tepung kek tak payah jugak tambah baking powder dan bikarbonat


12. bila dah siap ayak tepung, masukkan tepung yang sudah diayak kedalam adunan tadi
13. pastu kacau sampai sebati
14. masukkan pulak koko + air + gula tadi kedalam adunan
15. then, mix all of them sampai sebati.

now ready to bake after putting the adunan into the bekas

and then bake it for half an hour. kalau rasa kurang masak boleh tambah around 15 minutes cmtu =)

yeahh ! my cake is ready to eat. yeayyyy !!

rupa dan wajah kek coklat aku. abaikan kehitaman disekeliling kek ini ye. wakakakaka.

so everyone, u have to try this recipe because it is quite simple and save budget tau. tak payah keluar budget bebanyak dah boleh melantak kek cokelat setaraf secret recipe. hamboiii. kalau nak gempak lagi, boleh tuang cokelat masakan dan letak chocolate rice :)

 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good