Sunday, 24 November 2013

RESIPI: Chocolate Cheese Cake Kukus.

Assalamualaikum

Yeah, Happy birthday to me ! Eh, wish sendiri ke ? Zaman sekarang ni, ko wish birthday untuk diri sendiri dah tak pelik dah. Nothing is impossible kan ? kihkih. Bytway, bersempena birthday aku yang ke-23 ni, aku buat kek untuk family aku. For previous birthday and dolu-dolu punye birthday, depa yang bersusah payah celebrate birthday gue, this year why not aku pulak yang buat kek untuk depa kan ? Sementara tengah rajin ni dan free. Teheeeee...

Makanya, telah berpencak silatlah aku didapur dengan adik aku tadi, buat kek cheese coklat kukus yang senang dan simple.


First of all, sila sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Dah nama pun kek cheese coklat, jadi sila sediakan bahan-bahan untuk coklat dan jugak cheese layer.

Bahan-bahan untuk lapisan coklat:

170 gm gula kastor
170 gm marjerin
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
200 gm tepung naik sendiri atau tepung gandum pun boleh
45 gm koko + 150 ml air suam

Bahan-bahan untuk lapisan cheese:

250 gm cheese jenama tartura ( seperti dalam gambar)
60 gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh perahan limau kasturi

 
Mula-mula, mix marjerin dan gula. Pukul sampai kembang. Dah nampak macam putih, masukkan telur 3 biji, pukul sampai dia gebu-gebu gitu, baru masukkan esen vanilla yer dan pukul lagi dan lagi. Bila the ingredients tu mixed well, ayuh sediakan bancuhan koko dan air suam.

Asingkan ye bancuhan koko ni dalam bekas yang lain.

Bater yang dah mix well and campuran koko dan air suam

Lepastu, baru masukkan campuran koko dan air suam tadi dalam bater, dan pukul lagi sampai rata.
Then masukkan pulak tepung naik sendiri. Kacau sampai sebati tau

 

Bila dah siap lapisan coklat, baru buat lapisan cheese pulak ye. 

Masukkan cheese tartura dalam bekas, gula dan telur sebiji. Pukul sampai rata tau. Jangan bagi cheese tu berketul-ketul, hancurkan cheese tu sampai semua rata ye. Pastu masukkan pulak 2 sudu tepung gandum :)


Cheese dah rata

Ha, lupa nak bagitau. Untuk menjimatkan masa, masa dah siap lapisan coklat tu, dah boleh panaskan air dalam periuk. Nak kukuskan. Bila lapisan cheese dah siap, air dah menggelegak. Then bolehlah masukkan lapisan coklat dan cheese dalam loyang. Layer by layer tau.

First layer : coklat
Second layer : cheese
Third layer : coklat

Every layer, kukus dalam masa 20 minit. Kiranye, masukkan first layer dulu, then kukus 20 minit, pastu second layer 20 minit, and third layer 20 minit. So the total is 1 hour to make sure this chocolate cheese cake is steamed well

And then bolehlah melantak dengan riang ria waktu hujan-hujan begini. Auwwmmm ! Dan macam kek kat secret recipe. Wakakakaka !!

As usual, gambar dah upload kat stegrem, baru kecoh dalam blog. Yummyy !!

Happy trying ! ^__^

 


 



 
 

4 comments:

  1. sedapnya..x buat2 lagi...hihik...
    rjin2 singgah la http://syahadah91.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ni la yang orang panggil ciskek ni. buat tester satu, nak try. ahaks

    ReplyDelete
  3. hi..nice sharing...n slm perkenalan.. hhe free visit ke blog saya juga ya ^^

    http://madamhealthy.blogspot.com/

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good