Saturday, 31 August 2013

Holiday To Sarawak - Part 2

Assalamualaikum

First of all, Happy Independence Day my country, MALAYSIA. I'm very proud to be Malaysian. Ehek ;)

Memandangkan masih berbaki cuti seminggu, mahu aku penuhkan entry aku dengan percutian aku ke Sarawak dan Singapore. Tapi Singapore tu biar entry ke Sarawak siap, baru update yang ke Singapore. Tehee. Well, PART1 done, now proceed to Part 2. Amboi, macam dah cuti-cuti malaysia aku rasa, siap berpart-part. Haaa, gitewww

Hari kedua

The next day kat Sarawak, Liyana as our tourist guide bawa kitorang pergi ke Jong Crocodile Farm and Semenggoh Wildlife Centre. Hari kedua ni kira macam jadi nature lover gitu. Pergi tengok buaya, tengok oreng utann ( pronounce macam mat saleh oke ).

Dalam pukul 9.30, kami sampai kat Jong Crocodile Farm. Sampai-sampai tu memang tak ada orang. So, aku expect, weekdays memang takde orang ataupun tak ramai orang. Nak masuk kat Jong Crocodile Farm ni, bayarannya ialan RM 10 untuk sarawakian adults dan RM 16 untuk non-sarawakian adults. Yang child aku tak ingat berapa. Luckily Liyana memang orang sarawak, so kami yang duduk kat semenanjung ni dapatlah harga as sarawakian. Heee. 

Hai, we are 'Sarawakians' kihkih

Berposing + candid

Kami sampai tu, kira awal lah, sebab niat datang situ nak tengok show buaya pukul 11.00 pagi. Show buaya kat sini ada 2 waktu, waktu pagi pukul 11.00 pagi, waktu petang pukul 3.00. Kami ingatkan pukul 10.00 pagi show dia, rupanya pukul 11.00, jadi kami pun jalan-jalanlah dalam crocodile farm tu. Masa sampai tu, kitorang nampak ada 2 buaya yang dah mati, and workers kat situ tengah nak bury that buaya. Busuk kot, yela bangkai kan

2 ekor bangkai buaya yang akan dikebumikan.

antara keletah-keletah buaya yang mencuit hati

Tunggu punya tunggu, sampailah show buaya. Ya, mari kita lihat aksi buaya yang memang pelahap ni. Mula-mula nak tengok tu, rasa seram sejuk jugak lah, bimbang kang sang buaya melompat keluar pagar, mana nak cari tanah lari weh. Haha
 
Sang buaya sedang cuba menangkap mangsanya

Yeah, aksi-aksi buaya yang sexy sangat. wikiwkiki 

Habis je show ni, kami terus decide nak pergi makan, sebab nak pergi tengok oreng utan pulak lepas tu. Kami terpaksa drive patah balik pergi Kuching Sentral sebab kami tak tahu kedai makan mana yang dekat kat area crocodile farm tu. Agak jauh jugak lah perjalanan tu sebenarnya

Dah siap makan, solat semua, kami straight to Semenggoh Wildlife Centre. Nak masuk ni, bayaran adalah RM 5 per person. Murah je kan. Lepastu, kalau naik bus, memang tak boleh lah bawa bus masuk dalam tu, tapi jangan risau, ada van yang boleh bawa korang masuk dalam hutan tu. Kalau taknak naik van, nak jalan kaki pun boleh, ada lah dalam 1 km nak jalan kaki, boleh belecak ketiak kalau jalan, tapi yang memang suka tengok nature, digalakkan berjalan

Cakk ! haa. Yang ni nama die Wawa kot. Tah banyak nama die panggil, Ricky lah, Nina lah. Amboi, nama oreng utan ni glamour kau.

Nak tengok oreng utan ni kena sabar, nak panggil mereka-mereka ini sangatlah susah. Korang tak boleh bising masa tengah tunggu tu. Kena senyap je. Kalau tak, memang oreng utan tu malu-malu nak keluar

Untuk tengok show macam ni, korang kena datang pukul 3 petang. Yang waktu pagi punya aku tak sure pukul berapa.
Habis je tengok oreng utan, teruslah balik kan. Takkan nak tempah chalet semata-mata nak tengok oreng utan. 

Hai, saya model Semenggoh yang tak semenggah :P

Next top model Amerepek. Haha

Wiwiwiwi. Kami bertujuh.

Think nature, Love nature, Be with nature, and be natural. Jangan nak hipokrit. Eh, kaitan dan motif ?

Then habislah pengembaraan melihat sang buaya dan si oreng utan yang punya nama glamour tu :)

Hari ketiga kami ke Bako National Park. Wait yaaahh for the next entry ^_^

 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good