Sunday 18 August 2013

RESIPI : Kek Batik yang sangat simple

Assalamualaikum

Hai hai hai. Bertemu kembali di segmen dapur berhangit aku. haah ! tak payah nak berangan ada segmen segala bagai, ni sekadar perkongsian ilmu masakan yang masih sedikit dan tipis. ouhh ayat minta lempang sedas. Di musim perayaan ni mesti orang tergila-gila nak buat kek kan. Jom aku share satu resipi yang sangat mudah dan simple. Iaitu KEK BATIK ngokngek by Mata Saya Bulat heeee

Oke, First of all, benda paling utama ialah bahan-bahan yang perlu ada


1. Milo 200 gram. ( beli yang paling kecik sekali )
2. Susu 1 tin ( kalau taknak manis sangat, kurangkan lah ke 3/4 tin )
3. 250 gram butter 
 

Lastly, kene ada biskut marie yang rapuh lagi sedap. Aku guna sepeket biskut marie je, lepastu biskut marie ni harus dipatah-patahkan menjadi 4 bahagian. baru nampak batik nanti bila buat :) Kau nak patahkan jadi 8 bahagian pun boleh


Cara-cara membuat :


Panaskan kuali. Bila dah cukup panas, masukkan sedebuk butter tadi ke dalam kuali. Cairkan butter tadi sehingga nampak macam mendidih yer
 

Lepas dah mendidih si butter tadi, masukkan pulak susu pekat. Sukatan susu boleh dikurangkan kepada setengah tin atau 3/4 tin kalau korang tak suka manis. Kan kita kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman (pesanan penaja). Kacau susu dan butter yang dah dimasukkan tadi. Kacau susu+butter dengan kelajuan yang agak maksima supaya sebatii
 

Agak-agak dah sebati dan mendidih, masukkan pulak milo. Milo ni boleh digantikan dengan koko. Kalau koko, sukatannya bukan lagi 200 gram, tapi cuma setengah cawan, takpun korang agak-agaklah ikut berapa banyak korang buat. Koko ni pahit, jadi jangan terlebih letak ye (pesanan penaja)
 

Kacau milo+susu+butter tadi dengan kelajuan tahap maksima, sebab nak elakkan dari berketul-ketul, tapi pastikan keselamatan harus diutamakan yer puan-puan sekalian. Masukkan secawan air atau lebih, ikut rasa masing-masing kedalam milo+susu+butter tadi. Ni nak elakkan dari campuran keras jadi batu :P
 

Bila dah rasa sebati dan mendidih, bolehlah masukkan biskut yang telah dipatah riukkan tadi. Lepastu, bolehlah dikacau sampai semua campuran milo tadi rata kat biskut. 

 
Keadaan biskut yang telah dilumur dengan milo. Bagai coklat mencurah-curah keladang gandum ! WAHAHAHA. Tunggu sekejap lepastu matikan api


Seterusnya, masukkan biskut yang telah lemas dalam coklat tadi kedalam loyang atau pun bekas. Padatkan biskut dengan spatula ataupun sudu. Kalau tangan kebal, boleh guna tangan. Letaklah chocolate rice or whatever hiasan yang korang rasa nak letak
 

Kek lapis siap dipotong dan dimakan. Yummy
 
Oke, gambar blur sebab tangan time ni sebok sumbat kek batik dalam mulut

Banyak lagi resipi kek batik ni sebenarnya, tapi aku buat ni yang paling simple dan murah. Ada resipi guna telur, tapi aku tak guna sebab aku ni malas sikit :P


Selamat mencuba ^^,
 

2 comments:

  1. Waalaikomsalam...wahai cik mate bulat sy nk tnye klu kita gntikn biskut marie tu ngan roti gardenia leh x...

    ReplyDelete
  2. Biskut marie tu leh tuka ngan roti gardenia x

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good