Friday, 1 June 2012

puding roti tanpa bakar

dah macam blog masak memasak pulak tajuk entry aku kali ni. presenting for u !! chef wan ehh chef mate saya bulat. nak tunjuk power buat puding roti. cehhh padahal benda tu senang kacang goreng je. aku je yang over terlebih bajet terror. tapi ada aku kisah ?? kikikiki

so. menu hari ni ialah PUDING ROTI

bahan-bahan :


1. roti sebuku
2. susu cair satu tin
3. telur sepapan. eh sebiji
4. sebuk agar-agar. make sure colourless
5. 2 senduk gula. bukan 2 sudu.

 
roti tu digunting-gunting atau dipotong-potong atau dikoyak-dikoyak seperti ini. like a lot of pieces roti hehehe
then, letak pewarna pink, purple merah biru hijau kuning yang ada kat rumah untuk nampak cantik. jangan kau guna water color sudah.


cara membuat :
 
lepas dah prepare semua bahan-bahan diatas ni. sukat air + susu cair 5 gelas. kecik je gelas ni. jangan guna gelas besar sangat. nanti tak menepatii dengan sukatan gula. karang lebih air lembik dan tak manis. pandai-pandailah nak agak-agak.

* terlupa pulak nak ambil gambar gelas. HAHA

ini susu cair + air yang dah disukat dan dimasukkan kedalam periuk. lepastu masukkan telur dan kacau atas api yang kecik. api jangan besar sangat. karang telur tu jadi telur rebus pulak. hikhik

bila dah agak-agak rata, baru masukkan serbuk agar-agar dan gula then kacau sampai penat. bila rasa tangan dah lenguh, tutup api dan boleh curahkan kedalam bekas yang sudah ada roti yang digunting-gunting tadi.

 
bila dah tuang atas ni, tunggu lah sampai sejuk baru masukkan dalam peti ais. jangan panas-panas kau masukkan dalam peti ais. meletup peti ais tu, aku tak tanggung. wakakakaka

tunggu lah sampai puding ni keras. dan ini lah hasilnyaa. sedap makan time cuaca panas dan sesuai untuk buat makan sorang-sorang dalam bilik. tetapi lagi elok untuk dijamu kepada tetamu as a dessert. wahahahaha

tak perlu bakar. terus simpan dalam peti ais. ni adalah kerja aku dan housemates aku sebab rumah sewa kami tak ada oven nak bakar. hikhik


SELAMAT MENCUBA !!

hikhikhik

5 comments:

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good