Assalamualaikum
Aku nak sambung cerita aku masa aku pergi Sarawak dari 22 August - 27 August. Aku janji, ni part last. Taknak dah sambung lagi. Sebab aku nak cerita pasal aku pergi Universal Studio Singapore pulak. Hee. Wait ye.
Anyone yang macam terlepas part sebelum ni, don't worry. Ni aku bagi link untuk PART 1, PART 2 dan PART 3. Baca sampai juling anak mata tau. eheek
Hari keempat
On Sunday 25 August, aku sambung perjalanan aku kat Sarawak dengan pergi ke Kampung Budaya. Tak sah lah kalau pergi Sarawak, tapi tak masuk ke Kampung Budaya kan. Aku sampai ke Kampung Budaya around pukul 9 lebih macam tu. Bayaran nak masuk adalah RM 60 seorang, tapi if you are student (compulsory to bring your matric card or siswa card), bayaran cuma RM 15 je. Jauh beza kan harga normal dengan harga student. So, siapa student tak bawa kad matrik atau kad siswa, korang rugiii
Show kat Kampung Budaya pukul 11.00 pagi dan 3 petang. Jadi aku dan kengkawan tersampai awal, maka penjelajahan dalam Kampung Budaya dimulakan. Masuk-masuk je, nampak ada tempat gambar best. Maka, kami berebut-rebut nak pilih mana tempat yang sempat masuk
weheeww. We are Sarawakian oke. Dah, muka aku nampak kelakar gilaaa |
Then kitorang teruskan perjalanan dari satu rumah ke satu rumah. Kan kat Sarawak banyak sangat kaum dan banyak sangat jenis rumah. Sampai aku pun tak ingat jenis-jenis kaum dan rumah kat Sarawak ni. Tapi kaum dan rumah kat Sarawak ni sangat unik. Aku agak teruja jugak tengok dorang punya style rumah dan barang-barang dalam rumah dorang
Antara yang unik tentang kaum di Sarawak |
Pictures with one of Bidayuh etnics at Sarawak |
Sexynyee lelaki itu. Haha. Gambar lain, no caption :P |
Cantik-cantik orang Sarawak ni, Liyana yang orang Sarawak ni pun cantik jugak |
Us. Everywhere, Everytime |
Rumah melanau ni tinggi. Sebab rumah ni atas air. Macam rumah panjang jugaklah |
Show kat sini best gila, korang tak rugi tengok jenis-jenis tarian kaum Sarawak ni sebab dancers semua cantik-cantik dan hensem-hensem. Dalam 1 jam jugak kitorang spent time tengok show dalam theatre provided
One of dances that they were performed. Unique. |
Habis je menjelajah satu Kampung Budaya ni, kitorang terus makan dekat foodcourt berhadapan dengan Kampung Budaya ni. The nearest foodcourt kat situ. Then, terus check in kat Santubong Resort. Memang in planning, Liyana nak bawa kitorang check in one night kat laut. Only one night, tapi best. Harga satu bilik per night only RM 209. Murahkan. Bilik pun best, dua katil queen. Sufficientla untuk kami bertujuh ni walaupun kene berhimpit
Hari kelima
On 5th day, kitorang check out tepat-tepat pukul 12. Yerlah, dah limit masa pukul 12, keluar lah semaximum masa yang mungkin. Biar berbaloi-baloii bayar. Hahaha. Pagi tu, sempatlah kitorang terjun kat swimming pool tu. Luckily, pool kat situ tak strict. So, tak payahlah nak pakai swimming suit segala bagai. Belasah pakai track suit dengan long sleeve je
Siap check out, wajib isi perut yang telah kelaparan. Wuhuw. Liyana bawa kitorang makan kat Green House. Memang color hijau rumah tu. Actually Green House tu rumah, then the owner renovated jadi lah kedai makan. Memang creative. Makanan dia pun boleh tahan sedap dan berbaloi.
Tak sempat nak ambil gambar makanan, sebab dah lapar, maka ambil lah gambar beramai-ramai sementara tunggu nak bayar. Ngeee |
Selepas habis melantak, Liyana bawa pergi pasar untuk kitorang shopping baju, souvenirs and anything untuk bawa balik semenanjung. Kek lapis Sarawak adalah barang wajib untuk dibeli sebab memang murah gilaaaaa. Banyaklah jugak aku dan kawan-kawan aku shopping. Dari satu beg, jadi 2 beg seorang sebab beg dah beranak-ranak isi barang shopping ;)
Hari keenam
Seawal 3 pagi, semua dah bangun tidur kena siap-siap nak balik semenanjung sebab flight kitorang pukul 6.05 pagi. Awal nak menggelabah seh !
Sampai je semenanjung, semua excited jugak sebab next trip is Universal Studio Singapore. Walaupun memasing kepenatan sebab hampir seminggu berjalan sakan kat Sarawak, tapi semangat nak masuk USS mengatasi segalanyaa -..-
No comments:
Post a Comment
memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^