Thursday, 10 July 2014

Satu Sem Sudah

Assalamualaikum

Happy Ramadhan Al Mubarak everyone ! Dah nak masuk 12 hari puasa baru aku terhegeh-hegeh kan nak wish puasa, takpe janji ada wish dari takdak ! Kah :P 

Lama betul tak update blog ni. Busy sangat, macam tak cukup masa doplohpat jam ! Anyway, Alhamdulilah sebab aku berjaya habiskan jugak first sem untuk master ni. Thank You Ya Allah. Dengan ujian cobaan dugaan, aku dapat jugak harungi semuanya. Ujian rumah sewa, dugaan study, dugaan jiwa dan perasaan. Aiyoyoyoooo. Macam nak give up pun ada

Mula-mula sem haritu, cabaran paling syahdu bila dapat rumah sewa yang tak best. Ye la, masa tu rushing gila nak cari rumah sewa, mana dapat, main sebat je, selesa tak selesa belakang kira, janji ada tempat tinggal. Sekali masa masuk je rumah sewa tu at first, alamak. Ni rumah ke loteng. Uhmmmm *speechless* Awal-awal sem memang aku dengan kawan-kawan aku langsung tak lekat kat rumah. Balik kelas mesti lepak mana-mana dulu, lepastu balik rumah rumah cuma nak tidur je, sebab rumah tu memang tak selesa, gelap dan no ventilation. Homaaaaiii ! 

Jadi lepasni kalau nak cari rumah sewa, kena cari yang betul-betul selesa okeh !

Entah macam mana, boleh plak apply kolej. Setelah sekian lama aku tak duduk kolej, adalah dalam lebih kurang 3 tahun tak duduk kolej. Tibe-tibe time master ni dapat pulak duduk kolej sebab kolej pun tak ramai student because most degree students have been transferred to branches. Mula-mula duduk kolej rasa awkward gila ! Rasa macam duduk dalam kotak oke. A square box was around me ;3

Lepastu boleh dah adapt dengan suasana kolej yang square tu !

Subjek untuk master ni memang susah ! Susah dari degree dulu. Dahlah master aku ni takde final exam, so every evaluation is come from ongoing assesment, that is means kau kena perform for every test, project and assignment. And unfortunately, first test aku semua tak perform. Maybe masa tu masih tak adapt lagi suasana master yang mana kau kena well-prepared all the time. Study setiap masa, oh skemanya *bukan aku lah tu*

Nak taknak kau kena adapt jugak dengan surrounding study yang macam tu. And for the first time ever, aku buat assignment sampai tak makan. Gila dan kelakar, sebab buat assignment last minute and then gelabah tak dapat jawab sebab soalah susah gila babas. Memang takde masa lah nak pegang hp, nak toleh kiri kanan pun rasa buang masa. So kelakar !

Yang tak boleh tahan, time lectures week dah habis, assignments projects and tests datang bergolek-golek dengan riang ria. Mana nak study untuk test, mana nak buat projek dengan report, mana nak buat assignment. Memang masa tu kepala otak unstable and tak boleh fikir properly. Tau-tau kaki dah jejak kat depan wayang ! Stress punya pasal, sampai asyik nak tengok wayang tiap minggu. Sampai dah takde movie nak tengok. :P

Busy lah sangatkan. So, pengajaran, busy mana pun, you must have a quality time with your family and friends. gittewwwwww

And now, syukur habis jugak sem 1 yang super duper busy ni. Doakan lah aku lulus semua subjek, aku taknak repeat. Huhuhu. Please pray for me everyone :)




 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good