Saturday, 31 May 2014

Cuti ke apa ni ?

Assalamualaikum 

Hai everyone. Woi ape tak bangun lagi weekend ni ? Kan lebih elok kalau hampa semua bangun dan pergi masakkan untuk aku lunch, ada pekdah jugak rasanya (bajet diva). Kikiki. Baeklah, sebenarnya aku tengah rasa macam sedih dan malas. Apa kaitan sedih dan malas ni ? Sedih bila cuti seminggu dah nak habis, berbaki beberapa jam nak kene balik Shah Alam. Bila dah sedih, malas tu datang selaras dengan kesedihan yang ada. Ah, motif apa sebenarnya ini ?

Pelik tak kalau sekarang ni most budak uni tengah study week, tapi budak uitm (degree, master) tengah cuti hari gawai. Maka banggalah aku dengan UiTM dengan cuti istimewa ni. Kau mampu ada cuti seminggu ni, duduk bersenang-lenang kat rumah tengok tv goyang kaki. Tak mampu bukan ?

Tipu oke kalau cuti seminggu ni duduk bersenang-lenang, tapi sebenarnya assignments + projeks memang banyak nak meninggal. Nampak ? Banyak sekali sebenarnya. Dengan test yang bertimbun-timban naik cuti ni. Kau kejadah apa kalau banyak kerja masih mampu duduk bertepek depan lappy buat entry baru ? Kau merepek apa ni eyza ? Haha

Sedikit luahan sebenarnya bila tengah busy masih mampu update blog kan. Hek eleh, setakat luangkan masa setengah jam depan lappy apa lah sangat, padahal memang selalu je duduk melagha dengan handphone bile study, study 10 minit, dok godeh twitter, instag, facebook, main whatsapp 2 jam. Jangan kata tidak dengan statement aku ni ! Korang tak payah beda'ah sangat. 

Maka dengan ini, aku rasa lebih baik aku habiskan sahaja entry kali ni dengan syair yang mungkin berupa pantun atau sajak. Kah, kesah apa aku, lama sangat dah aku tinggalkan bab sastera ni. 

Usaha dan doa harus datang seiring,
Tawakal dan redha ibu bapa jangan berpaling,
Langkah selagi mampu tanpa terbaring,
Kelak kejayaan menanti masing-masing

Wah, hebat jugak aku bersyair ye. Oke, bye ! Nak sambung baca article :P

*doakan aku habis master ni dalam masa setahun dengan kejayaan yang cemerlang*

Aminkan cepat ^__^

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good