Friday, 29 August 2014

Busy Terlampau

Assalamualaikum

Ya Allah. Sekarang ni aku rasa nak balik rumah sangat. Tetiba homesick duduk shah alam, nak balik rumah, nak mama. Amboi, mengadanyaaa aku kan. Dah besar godang dah boleh kahwin sebok lagi nak homesick segala jadah. Tapi lumrah lah beb, anak perempuan kan, mana nak mengada kalau tak dengan mama *pon boleh*

Walaupun naik sem II adalah pada 8hb september nanti, akan tetapi 10hb august aku dah menepek muka kat muka pintu rumah sewa sebab kene bergelumang dengan proposal that will be submitted on this coming tuesday. So sekarang aku sangatlah "busy" dengan my "baby" proposal. Pagi petang siang malam bangun tidur bangun tidur semua dengan proposal saje. 

Peh nampak kan aku ni seorang yang sangat komited dengan kerjanya *tahu dah* HAHAHA

Nampak tak rupa dekstop aku macam hazabedah punya bersepah. Dengan article segala bagai. Oh stressss T_T
  
Terpaksa aku korbankan cuti sem yang sepatutnya ada lagi sebulan ni untuk siapkan proposal demi mendapatkan segulung lagi sijil. Ya Allah permudahkan segala-galanya. And one more thing syukur alhamdulilah pada-Mu Ya Rabbi, Yang Maha Besar sebab dengan izin-Mu Ya Tuhan aku berjaya lepas semua subjek untuk sem lepas !

Sem lepas punya azab sangatlah power. Dengan penat teramat, busy jugak tahap maksimum, dengan segala test yang tak perform, assignment yang submit last minute, projek yang banyak dan kuiz yang atas-atas pagar, at last I did my last sem very well ! Ni semua berkat doa dan atas izin kuasa Allah. 

Alhamdulilah. Memang aku berharap untuk lulus je. Syukur sangat Ya Tuhan *tears*

Yakinlah pada Allah.
Saat kau tak berdaya nak melangkah,
Saat kau hilang kudrat mahu menapak,
Saat kau lemah tak mampu kehadapan,
Angkatlah tangan lembutkan bibir 
Berdoalah pada Yang Esa
Semahunya seikhlasnya
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui 

Sekarang ni aku berusaha sedaya mampu yang boleh untuk habiskan master aku bulan januari nanti. Habiskan proposal, lepastu tempuhi sem II master untuk 6 bulan lagi. Usaha doa tawakal. InsyaAllah. Allah akan bantu. Jangan pernah hilang doa padaNya.

Dan tolonglah tadah tangan semua doakan aku disatukan dengan jodoh aku tahun depan. Amiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn *sempat lagi*

KBAI

=P

3 comments:

  1. It will provide with a classical journey into the
    lush tropical southern India which can be extremely charming, captivating and enticing.
    Visit to God's own land as Kerala is popularly called, is gathering popularity among the visitors specifically the backwaters of Alleppey and Kochi and exotic sea beaches
    in Kovalam, Varkala and Poovar. All the attractions in India are mind
    blowing to discover and can be found at different regions with the
    country with ease.

    Here is my website india tours

    ReplyDelete
  2. Salam singgah, wah, saya pun tgh nak sibuk untuk sem baru ni. studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
    Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good