Friday, 11 April 2014

Mimpi satu malam

Assalamualaikum. Hai :)

Yeay ! Cuti mid sem. Boleh relax dekat rumah without attending any class. Tapi jangan sangka cuti tanpa apa-apa. Assignments dah bertimbun tunggu. Test naik cuti sem ni pun dah menanti dengan bahagianya. Oh bahagialah sangat kan. Sabar sabar, kena hadapi semua ni dengan sabar dan tenang.

Oh, sebenarnya bukan itu yang aku nak kongsikan, tapi dah terkongsi ape boleh buat. Teheee. Aku nak share satu mimpi yang sangat mengecewakan. Oh damn sangat that mimpi

Rombongan lelaki dah sampai, aku tak bersiap apa-apa. Dengan kalut dan kabutnya, aku pun bersiap dengan ringkas dan cepatnya. Sesiapnye aku dengan persalinan cantik bagai bidadari (puih ! :P ), ada wakil dari pihak lelaki naik atas masuk bilik aku. 

Rupa-rupanya the wakil nak pulangkan cincin pertunangan, (bukan ke kalau putuskan pertunangan perempuan yang kene pulangkan cincin ). Tapi ni lelaki pulangkan cincin. Sebab kenapa putuskan pertunangan tu adalah tunang aku tu dah ada perempuan lain. Waktu tu perasaan aku punyalah kecewa hancur lebur berderai macam kaca jatuh ke lantai.

Nak menangis pun tak mampu dah, sebab terlalu kecewa. Hati terlalu sakit sampai tak daya nak nangis, nak meraung. Begitu sekali rasa kecewa bila orang yang kita sayang ada orang lain. Maigad !

Aku bangun tidur pagi tu dengan hati yang rawan dan lagi damn, bila pagi tu ada test. Memang dugaan betol lah.  Hati kecewa. Padahal mimpi je pun. Hati makin kecewa bila mana lelaki dalam mimpi tu adalah 'dia' yang memang aku sayang dari dulu sampai sekarang walaupun aku dan 'dia' sudah lama putus. 'Dia' pun dah lupakan aku dan memang tak akan terima aku lagi. Tapi hati ni memang susah nak terima apa yang terjadi.

Ya Allah. Aku kena redha. Redha Redha dengan takdir ini
T_T

 

 

8 comments:

  1. asyik teringat kot. tu sampai masuk dalam mimpi tu. btw, good luck for test. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat langsung pun tau. :'(
      thank you :)

      Delete
  2. Cik mata bulat jgn sedih k.dia xlupa cik mata bulat pun.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya juga ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you follow blog saya yang tak seberapa ni :)

      Delete
  4. Okla tu..tahniah taw cik mate saya bulat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. heee ^__^ doa anda sangat diperlukan

      Delete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good