Tuesday, 29 April 2014

Cabaran

Assalamualaikum

Ya Allah. Cepat je masa berlalu kan. Tak sangka dah setengah sem dah aku kat sini. Kemain haritu baru je melompat riang ria sebab dah berjaya habiskan degree dengan jayanya. Kemain haritu bergaya macam dah taknak sambung study lagi, palotak dah ringan tanpa study, tanpa assignment, no more test, no more exam, no more quizzes.

Tapi tu semua haritu lah. Bukan sekarang.
 
Once aku ambil keputusan nak sambung study, ehm. Memang aku kena ready mentally and physically untuk berhadapan segala macam cabaran, dugaan dan ujian. Fuh, terasa macam motivator tak bertauliah pulak bila tulis ayat skema lagu ni. 
 
Now, this moment. Aku kena teruskan jugak perjuangan ni sampai ke titik akhir (lantak kalau ayat aku lepasni skema gila). Ada jugak terlintas dalam fikiran rasa macam nak give up, rasa macam dah malas. Malas nak hadap semua benda ni lagi. Kalau dulu degree busy macam mana pun ada masa nak berjimba, meronggeng ke sana ke mari, tengok wayang karok dating segala bagai. Sekarang ni, nak main henset pun tak sempat (tipu) Teheee

Tapi, the situation is, aku memang rasa lifeless sangat sekarang ni. SANGAT LIFELESS. Since start week berapa entah haritu, bila waktu-waktu dah mula penuh dengan assignment, test and projek. Rasa macam nak give up. Mana taknya, langsung takda masa nak enjoy. Sikit pun tak, weekend pun macam tak weekend, tambah lagi duduk dalam kotak yang memang kotak ni. Rasa tak berkembang otak aku. Pandangan tak wide, otak pun rasa narrow gila !

Aku rasa macam tak mampu je nak habiskan bila mana all first tests macam hampeh. Susah dan sangat tak memberangsangkan resultnya. Sedih gila babas weh. Dah lah takde final, so assessment memang take from the ongoing assessment, that's mean aku memang kena perform for every test walaupun first test sume dah hancur lebur T_T 

*nangis nangis*
*kalau dulu tak perform test, boleh aim for the final, sekarang dah tak ada, nangis lagi*

Whatever it is, aku kena jugak beat myself to face this challenges, sebab ni jalan yang aku pilih, so aku kena teruskan sampai berjaya dengan cemerlang. Amin, InsyaAllah, pray for me everybody. I'm begging -.-

Selalu cakap dalam diri, NEVER GIVE UP. Kau belom berjuang habis-habisan. Mungkin aku masih belom adapt the environment, so tu yang macam hampeh je semuanya. Semoga Allah beri hidayah dan taufiq-Nya untuk aku dan kawan-kawan. Semoga Allah sentiasa memberkati aku dan kawan-kawan untuk habiskan study ni. Ya Allah bantu kami. T_T

P/s : Tak sabar nak konvo on this 18th May 2014, sidang petang, kat UiTM. Semua dijemput datang bawa hadiah ^_^ 

*walaupun terkilan tak dapat apa yang dihajati, nangis lagi dan lagi*



 

 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good