Saturday, 27 April 2013

susahnya cari kerja

assalamualaikum

cuti mid-term break aku dah nak sampai ke penghujung. esok tengah hari, aku dah kena naik bus, balik shah alam. aduyaaii. bila lah aku nak tamatkan status diri sebagai perantau ni. hampir lima tahun dah aku duduk kat perantauan ni. takdelah perantauan sangat. just dari johor ke kuala lumpur je. dah kecoh serata alam kan hikhik

kali ni, terasalah jugak holiday kat rumah tu. nasib baik cuma ada satu assignment yang wajib hantar naik cuti ni. padahal, berderet lagi assignment dan projek yang kena buat. tapi semua tu dilupakan sebentar demi cuti tercinta. kalau dah cuti, apa pun memang malas nak buat

TAPI !!!! 

satu benda ni aku kena buat. kira ni memang termasuk dalam perkara wajib yang aku perlu lakukan sebelum aku grade bulan 5 tahun 2014 nanti. ahaa !

aku kena cari tempat praktikal. dah banyak tempat aku call untuk apply tempat internship, tapi most of them tak boleh ambil aku, sebab bidang yang aku ambil sekarang ni tak ada kaitan dengan tempat intern dorang. aku ambil sains matematik

mungkin ramai diluar sana cuma memikirkan yang student ambil matematik ni kebanyakannya hanya boleh jadi cikgu atau lecturer. ohh anda semua sangat silap oke. aku cuma ambil bidang sains matematik, tapi aku tak ambil education, jadi aku TAK BOLEH jadi cikgu

aku boleh masuk dalam bidang industri, mungkin dalam bidang audit, collection, accounting, dan banyak lagi. orang ramai tak perasan yang budak-budak dari bidang matematik ada kepentingan jugak dalam industri. bukan budak engineering je tau yang penting dalam industri, kami juga sangat penting untuk anda

even aku ambil matematik, memang major aku matematik, tapi aku ada belajar benda lain jugak. aku minor dalam accounting. aku belajar ekonomi, entrepreneurship, operation research, probability and statistics, dan banyak benda lagi yang sangat berkaitan dalam dunia industri.

sekarang ni, aku tengah mengumpulkan seberapa banyak company, bank, jabatan yang boleh aku apply untuk tempat internship nanti. lepastu baru aku nak filter mana yang sesuai dengan aku. so far, yang aku dah apply adalah SIRIM, PROTON, PANASONIC, MAXIS, TOYOTA, WORLDWIDE HOLDING. semua tu aku apply via website. yang guna pos, balik shah alam ni baru aku nak settle up all those thing yang berkaitan dengan internship

stress sebenarnya ;'(

baru aku sedar, kehidupan ni bukan senang. belajar lagi senang dari kerja. dengan yakin dan paseghahnya, belajar lagi best dari kerja. oleh itu, enjoy your time during the study. nanti dah nak habis, mesti zaman-zaman belajar ni lah yang korang dok kenang -..-





 
 

3 comments:

  1. salam akak , nk tnya . selalunye poiter kena brape eh utk masuk uitm punya sarjana muda sains math ni?

    ReplyDelete
  2. salam.. nk tanya.. awak dlu praktikal kaat mne? ok tak tmpat tu? buat kje ap situ?

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good