Friday, 19 April 2013

#9 life story

assalamualaikum

alhamdulilah. berakhir jugak minggu yang hectic gila ni. boleh bayang tak, dalam minggu ni ada 3 test yang semuanya boleh cakap subjek killer ! subjek yang kalau kau dapat B for that subjek, pointer kau boleh drop gila babeng punya

hari isnin hari tu, ada test simulation. kena bukak balik buka operation research sem III punya, baru boleh memorize semula apa yang dah belajar dulu. kena duduk diam-diam, sumbat telinga dengan earphone, fokus kena padu dan padat. tak boleh masa study, laptop dok buka lepastu lagha main facebook sampai 2 jam

haaa ! guane nak kabo tu weh ?

lepastu, hari rabu ada test akaun. every sem ada akaun. dah nama pun majoring in math, minoring in akaun. haruslah bergelumang dengan akaun tu. kena anggap akaun tu as our best friend. haa. gitu. baru mesra alam sangat dengan akaun. yang aku terkilan rasa dengan akaun hari tu, mula-mula aku dah kira betul. lepastu check semula, padam jawapan. ishhh. masalahnya yang aku buat mula-mula tu yang betul

inilah baru dinamakan menyesal kemudian tiada gunanyaa

dan paling menyedihkan, classmate aku. kira rapat jugak dengan aku. ibu dia meninggal dunia. innalillahiwainnailaihirajiun. aku harap dia tabah dan kuat. semoga roh ibu dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

then, hari khamis pulak, test entrepreneurship. yang ni memang haru birunyaaaa. sebab kena baca dengan gigih dan gagah ! semuanya kena membaca. tak ada calculation langsung. buka je nota, baca 1 page terus menguap. lepastu terus tidur. macam mana nak habis 6 chapter dan hafal kesemuanya ? memang tak dapek lah den nak nolong

yang paling tak best bila salah satu, kene potong satu markah. kalau dapat negative markah tak ke kelakar kat situ ? huahuahuahua

ni jap lagi aku baruu nak balik jb. nak rehat sepuas hati yang mungkin ! yeaaah

lupakan sekejap perasaan stress kat sini. -..-

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good