Sunday, 14 April 2013

nasi arab cyberjaya terbaik dan putrajaya

assalamualaikum.

orang kata kalau dah last sem ni, kena explore apa yang ada disekeliling kita. memang dah nak habis sem ni baru nak explore kan. sebelum ni banyak masa macam tak terasa pulak nak explore sana sini. sem last ni lah baru rasa nak ke sana ke mari. 

oleh itu, aku dan kawan-kawan aku terasa nak rasa makan nasi arab yang orang cakap sedap gilaaaa kat cyberjaya. memandangkan minggu yang masih belum banyak kerja dan masa banyak terluang, kereta disewa dan perjalanan yang tak mengambil masa yang lama, sampailah aku dan kawan-kawan kat restoran saba cyberjaya

perjalanan dari shah alam ke cyberjaya, cuma mengambil masa setengah jam je. itu pun berpandukan GPS handphone. wakakaka. takde GPS, memang konfirrm sesat dilautan !

sampai je kat restoran saba tu, maak aii ! punya lah ramai makhluk-makhluk alam. kena lah tunggu around 10 minutes and then baru dapat tempat yang sangat selesa kat dalam restoran tu. tak perlu nak duduk kat luar, kang hujan tak ke haru nak kena angkat nasi dan lauk segala bagai masuk dalam

memandangkan ramai sangat orang, lama jugak lah nak jena tunggu order sampai kan. perut aku dah lapar, dan bergendang-gendang dah. sumpah lapar masa tu

harus pilih makanan mengikut kesesuaian semua perut yer. agar perut diisi dengan riang ria

sementara menunggu makanan, inilah aktiviti wajib kami. perut yang lapar, mesti dicover dengan senyuman yang sehabis manis ( amboi ayat )

yeaayyy ! makanan dah sampai. aku dengan kawan-kawan pilih nasi arab ni yang ade 3 jenis ayam. kira murah lah. kitorang pilih yang half chicken, cuma harga RM 17 satu set. jadi kitorang pilih 3 set untuk 10 orang

ni muka pelahap dan gelojoh ! harus diberi lempang sedas

wajah-wajah keriangan =)

sebenarnya nasi dalam gambar ni bukan nasi kitorang, nasi meja sebelah, waiter salah hantar. HAHA

mari kita bahagi-bahagikan nasi ini dengan saksama dan sama rata

nasi ni sumpah sedap weh !

"aku nak tambah nasi sedulang" raja cakap

yummy ! lapar-lapar dan lapar. jom melantak ^__^

makan punya makan, sampai sendat perut. adalah dalam pukul 10 lebih baru siap makan segala bagai. dengan siap pakej menyembang, mengumpat ( eh ni tak ), melalak, melagha.
nasi arab kat sini memang terbaikk seyh ! sedap dan superb marvellous

SILA TRY OKE !

lepastu bila rasa macam masih awal, geraklah pergi melepak kat putrajaya. sememangnya hujung minggu kami diisi dengan sebaik mungkin

sampai je kat putrajaya, tujuan cuma satu. BERGAMBAR SAKAN !

memasing dengan raut muka memasing

berlatar belakangkan putrajaya. wuhuwww !

pemandangan putrajaya waktu malam. subhanallah. cantik sangat ya Allah -..-

stop jap kat jambatan putrajaya. ambil gambar sepam dua

friendship foreber !

bergambar memang hobi kami yawww !

cer teka mana kaki kami. hihihihihihihihihihih

sila cakap gambar ni cantik ^^,

ada orang cakap gambar ni macam tenggiling lintas jalan. macam biadap orang itu yer -..-

beginilah kehidupan kami as students. berjalan, melagha, ketawa, bergolak sakan, bercerita, bergaya, bergaduh. tu semua lumrah kehidupan kami ^^,



LOVE 

3 comments:

  1. waaaa....jalan2...sronok r... :D

    ReplyDelete
  2. Nak try lah nasi arab saba nih ... betulke sedap.

    ReplyDelete
  3. Nak try lah nasi arab saba nih ... betulke sedap.

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good