Sunday, 10 March 2013

pengalaman tengok bola

kalau nak ikutkan faktanya, aku memang tak minat bola. sangat tak minat ! nak ambil tahu pasal bola, memang aku orang yang takkan ambil tahu. TAPI. malam tadi, buat pertama kali sepanjang umur aku dah nak masuk 23 tahun ni, aku pergi tengok bola. tu pun lepas makcik aku ajak. kalau die tak ajak, aku tak tau langsung yang ada match bola kat shah alam ni

even rumah sewa dengan stadium tu berapa langkah je kan *tipu

well. pertama kali jejakkan kaki kat stadium tu, kepala otak dah fikir macam-macam

#best ke bola ni ek ?
#bosan tak duduk dalam stadium tu nanti ?
#kalau bosan aku nak tidur je
#kalau kalah, mesti frust menonggeng balik ni *memang kalah pun

masuk je kawasan stadium tu, orang ramai tahap tak ingat. ni lah rupanya suasana kalau ada bola. hishh ! orang kampung lah katakan, mana nak tau nak tengok bola kat bandooo ni kan

malam tadi JOHOR DARUL TAKZIM ( luaskan kuasamu JOHOR ) Vs Selangor

buat pertama kalinye ada tiket tengok bola. selalunya tiket bus dengan tiket wayang je


aku orang johor, so sudah pasti aku sokong johor kan. masuk je kat dalam stadium tu, dah nampak dah keramaian orang tu macam mana. johor kat satu kawasan, selangor kat satu kawasan. ohhh ! kena pisahkan, nanti gaduh pulak

selangor yang mendominan stadium actually

johor walaupun tak ramai macam selangor, tapi kitorang sorak macam nak runtuh stadium ( HIDUP JOHORR )

mula-mula main je, selangor dah dapat satu gol. oh stress sangat ! first time datang tengok bola, pasukan lawan yang dapat masuk gol. mane tak stress kan. suppose menang lah, boleh bagi aku semangat nak tengok bola lagi hihi

selangor mendahului 1-0 *time ni stress gila, baru minit yang keempat kot*

selangor gol lagi. ni SUPER DUPER STRESS !!

stress tak stress aku tengok jugak sampai habis match bola malam tadi. dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada selangor. 4-1 pulak tu. dapatlah 1 gol, dari bawa telur je kaaaan balik ! lagi lah stress tahap tak hingaaaat

aku dengan sepupu aku sempat lagi selca sebentar. ni dah tahap bosan selangor lead 3-0

lepastu kitorang balik dengan bersesak-sesak kereta dan manusia yang penuh tu. nak keluar kereta pun susah. jem, tapi nasib baik sekejap je jem tu. balik dengan perasaan yang hampa koott

takpelah, walaupun kalah, aku tetap sokong JOHOORRRRRRR !!

* aku baru tau wujudnya lagu luaskan kuasamu johor tu malam tadi. ni baru tengok kat youtube =P

 

 

1 comment:

  1. Segmen nh Best . Boleh pilih-2 Hadiah pulak .. eii suka nya !! haha apa lagi tunggu ? Cepatlah Join . Nanti Terlambat :) dan Hadiah akan bertambah jika melebihi 200 Orang !!! Cepat Sebelum 30 March !! :)

    http://www.cahayapermata.my/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good