Tuesday, 16 October 2012

penatnya aku

rasa macam tak cukup nafas dibuatnya. ni lah agaknya nasib budak final year. assignments, kuiz, test, program, dan macam-macam lagi kene buat. tak cukup tangan, tak cukup masa, tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup kasih sayang. uwaaaaa ! nak balik, nak jumpa mama. huhu. 

stressnya bila macam ni. -..-

tapi, tak baik mengeluh macam ni. ni kan dah tanggungjawab sebagai seorang student. betulkan niat semula. menuntut ilmu hanya kerana ALLAH. belajar, buat sesuatu biarlah lillahi taala. insyaALLAH. tak elok nak merungut tak tentu pasal. tak elok nak cakap itu ini. tak elok yee. redha dengan apa yang ada sekarang. syukur masih diberi nyawa untuk bernafas, nak tambah amal ibadah.

sepatutnya kena muhasabah diri, bukan merungut ye eyza !

sebenarnya bukan merungut, tapi meluah. tak daya nak pendam simpan sensorang. penat sesangat sebenarnya ni. bayangkan, class from 8.30-6.00 hari-hari. eh tak. isnin dan selasa je class sampai pukul 6. rabu dan khamis class sampai tengah hari je. nasib baik. tapi ni lah bahana class sampai pukul 6. balik-balik je dah penat tertonggeng. buat assignment pun dah tersengguk-sengguk dah, sampai cium lantai kaaau

assignments memang non-stoplah. banyak gile. hari-hari ada je benda kena buat. kena submit. tipulah kalau tak stress, kalau tak tension, kalau tak rasa nak nangis. tapi tabahkan hati jugak nak tempuh semua ni. tinggal setahun je lagi nak dapatkan segulung ijazah. dan nak habiskan master pulaaak. insyaALLAH =)

daah. stop membebel. nak study pulak ^^

 

2 comments:

  1. GUD LUCK YER dengan semua tuh...sy dah abe dah..hehehe

    ReplyDelete
  2. good luck.. kon follow blog sy yg tak seberapa cantik di http://izahar89.blogspot.com

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good