Thursday, 18 October 2012

benci

aku ni memang susah nak benci orang. lagi-lagi orang tu lagi tua dari aku. contohnya macam cikgu ke, pensyarah ke, sape-sape je yang tua dari aku. senang cerita, aku ni berhati baik sebab susah nak benci orang. cehhhh ayat manis sahaja kan. well, harus manis jangan pahit. kang aku lagi stress

pagi tadi, aku penuh lah berdedikasi, siap awal, datang awal nak attend class untuk hari ni. class sampai tengah hari je hari ni. setiap pagi, aku akan ada masalah untuk pakai baju. mesti aku akan spend 3-5 minit depan wardrobe aku untuk pilih baju nak pergi class. selalunya masalah ni berlaku within hari selasa sampai kamis

kadang-kadang sampai tak tau nak pakai apa. rasa macam malas nak datang class pun ada. fakulti aku ni SKEMAAAAAMpus sikit. pakai ni tak boleh. pakai tu tak boleh. dah macam asrama pulak aku rasa. dorang treat student macam budak sekolah ko tau tak. 

nak dijadikan cerita, boleh pulak hari ni aku kena saman sebab pakai t-shirt tak tutup punggung fully. eee. menyirap betul. kejap lagi, lecturer yang aku memang tak suka tu pergi kasi surat saman. macam lahabau pulak rase. dari tak suka terus rasa benciiii sangat-sangat. dah lah gila kuasa, over nak meninggal pulak

tak pernah lagi aku mencarut kat lecturer macam ni tau tak. aku tau tak berkat kalau macam ni. tapi bila dah kena macam ni, sape boleh tahan bhaaaai ! ada je tak kena kat depan mata dia. bajet bagus pulak lecturer tu kaaan. 

dari aku ada mood nak belajar, terus tak ada mood langsung. nak tengok muka lecturer tu pun macam menyampah nak meninggal. rasa nak tumbuk pun ada. kang tak memasal pulak aku masuk tv sebab tumbuk lecturer. ohh dijauhhkann lah 

so dalam class tadi, aku hanya online fb, main twitter dengan whatsapp je. kahkahkahkah. memang aku tak pandang langsung muka lecturer tu. dia suruh salin soalan, jawab soalan pun aku buat bodoh je. ahh lantaaak. hati tengah menggelegak kot

 

1 comment:

  1. Happen to be trying to find this and learned much more than anticipated in this article. Thanks.

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good