Wednesday, 18 July 2012

kenapa entry semakin kurang ??

dalam best-best cuti sem 2 bulan ni, baru aku perasan yang entry aku untuk blog aku hak milik aku memang dah kurang. bila aku tengok balik jumlah entry aku, ohh mak aaii. aku ni sebenarnya sudah dilanda penyakit berjangkit yang tak mungkin dapat diubati

MALAS MALAS MALAS MALAS

bukti entry makin sikit dan sikiiiittt


ni adalah satu penyakit berjangkit aku semenjak aku duduk rumah ni. bolehh kira berapa kali aku on lappy untuk online. mementang now online facebook guna handphone je, terus malas nak on lappy. aku kena on lappy untuk update blog, because my handphone belum cukup besar untuk aku taip sana sini nak update entry

ku impikan sebuah ipad or tablet untuk aku update blog anywhere and anytime * ceewaaahh

bila duduk rumah ni, masa tidur aku seolah-olah semakin lama. bila tidur tu, rasa macam sedap semacam je, sampai tak sedar matahari dah nak tergelincir. kalau ayah aku tak kejut, mahu pukul 2 aku bangun tidur. * yeaahh anak dara ni memang tak senonoh bila bergelumang dengan tidur

bila dah online tu, rasa macam tak tahu pulak nak update ape. tak akan aku nak berceloteh aku bangun pukul berapa, breakfast apa, makan apa, ehh rasanya aku pun malas nak cerita apa aku buat everytime kat orang lainn. makanya, blog aku pun terus senyap dilanda kesunyian dan kesepian tanpa entry sampai orang pun malas nak masuk

sokaaaay ! foine foinee

cuti-cuti ni, masa aku banyak habis kat tv, makan, masak ( opsss, I'm the one yang akan masak kat rumah ni bila mama aku amik keputusan untuk malas nak kedapur ), makan, baca novel, keluar sana sini dan berangan. itu pasal nafsu untuk online dan mengadap lappy sangat sikit. ni kena minta organ-organ dalam badan secrete lebih sikit hormon dan nafsu untuk online

plus, perasaan nak bersosial pun kurang. bila mama tanya, " kak tak keluar ke ? " errhh. jawapan aku hanya malas. nak duduk rumah, golek-golek atas katil sambil melayan novel lagi besssstttt :D

 

 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good