Thursday, 19 July 2012

belajar mana-mana pun oke ! =)

hii ! assalamualaikum.

aku ni bukannye hebat pun nak bagi nasihat segala bagai. nak cakap itu ini, tapi kalau sekadar nak share apa yang aku fikir dan bagi korang semua bersemangat, maybe I could help you guyss ! so come to me to read what I'm going to talk about * aceewaaaaah

aku buat entry ni sebab aku nak bagi semangat kat adik yang komen entry aku ni. macam tak sangka pulak orang baca entry cikai aku tu. sob sob buat dah ayat kesian :P

bydway, belajar mana-mana pun oke. asalkan niat kita tu betul. macam aku, aku dari form 1 till form 5 belajar sekolah harian biasa je. aku memanglah ada keinginan nak masuk boarding school, dan keinginan aku tu dimakbulkan ALLAH dengan aku dapat masuk sekolah sains muar after PMR. 

alhamdulilah, result PMR aku memberangsangkan  dan aku dapat offer to go there. dan aku pun masuk sana. TAPI. tak sampai sebulan, aku dah merengek-rengek kat mama dan ayah aku sebab tak tahan duduk asrama. maybe orang yang dah biasa duduk asrama can say " duduk asrama is easy kot " ohh but for me, duduk asrama is boring * sorry to say

janganlah hampa wahai adik-adik kalau adik-adikku ini tak dapat mana-mana sekolah berasrama sebab belajar tu kat mana-mana pun oke tau. yang penting kita sedar dimana bumi kita dipijak * keluar dah ayat kaunseling aku ni.hikhik :O 

aku tak malu masuk sekolah harian biasa pun, sebab bukan salah pun masuk situ kan. niat kita, nak belajar kerana ALLAH. nak menuntut ilmu. kalau niat betul, insyaALLAH kita akan dapat apa yang kita nak. ALLAH akan permudahkan segalanya kalau kita pasang niat yang betul bukan untuk membanggakan diri. yang penting minta restu ibu bapa. 

tak mustahil duduk sekolah harian biasa pun boleh dapat result cemerlang. dan aku telah buktikan yang sekolah kat sekolah biasa pun, result tetap gempak. walaupun tak dapat perfect score masa SPM, tapi cukuplah nak buat aku masuk universiti or nak fly oversea. tapi aku ni jenis manja, masih nak duduk bawah ketiak mak huahuahuau

so, nasihat aku untuk mereka yang tak dapat masuk asrama, jangan kecewa, jangan sedih. rezeki kita ni ALLAH yang tentukan berdasarkan usaha dan doa kita. jangan mengeluh, jangan putus asa. tetapkan dalam hati, niat belajar kerana ALLAH. ALLAH tu dah tetapkan yang terbaik untuk kita. maybe kita tak dapat asrama sebab ALLAH nak pelihara kita dari masalah sosial, sebab kita tahukan kalau duduk asrama, jauh dari mak ayah, everything can be happen. ni duduk dengan mak ayah pun kita dah boleh terpengaruh dengan masalah sosial

tapi harapnya semua baik-baik belaka :)

 



1 comment:

  1. study mana2 pon oke je. asalkan ada niat nak perform time study =)

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good