Monday, 16 July 2012

kenangan waktu sekolah

assalamualaikum hensem dan kacak !

korang ada kenangan tak waktu sekolah ? apa tabiat korang masa sekolah dulu ? suka simpan barang tak ? suka tulis diari tak ? suka baca buku tak ? suka ngorat anak dara orang tak ? ehh tu bukan tabiat, tu buang tabiat. bydway, bila duduk rumah ni, memang tak tahu nak buat apa. bila dok berangan dalam bilik ni, tetiba tadi perasan ada kotak ajaib dekat bawah meja solek aku. ishh musykil ni

tereeengg ! ni kotak ajaib yang aku jumpa bawah meja solek tu. rasa macam baru ingat, dulu masa sekolah pernah sayang gila kotak ni, padahal ni kotak handphone, then aku wrap dengan kertas A4 yang aku dah colour dengan crayon. rajinkan aku dulu masa sekolah. jom cekidautt ape ada dalam kotak ni.

jeng jeng jeng ! * konon suspen pulak

taraaa !! this is what inside this box. macam terkejut pulak bila aku tengok apa benda dalam kotak ni. rasa macam tak percaya rupanya dahku ini sangat sastera dan sentimental waktu sekolah. aauwwwww ! unbelievable =)

lets cekidaut one by one barang dalam kotak ni sambil layan lagu jiwang kat lappy. nak kembali zaman sentimental waktu dahulu.

keychains. banyak jugak eh, aku rasa ada lagi satu gugusan yang hilang kot. missplace. aku dulu kan banyak makan semut tu yang now ni kekadang nyanyuk tak tentu pasal. benda ni dulu some of my friends yang bagi. ohh ni lah kenangan terindah. time-time ni lah baru rasa nak cari membe yang bagi ni. ceehhh

a small cutest diary. aku ni dulu minat pooh. so anything yang ada gambar pooh, aku rembat beli. sampai mampu lukis gambar pooh tau, jangan memain. tapi kalau now nak lukis gambar pooh, mahu jadi pooh versi doraemon. ko haddo ?? bile baca balik apa aku tulis dalam diari ni, rasa macam nak gelak guling-guling limapoloh meter

hah ! result monthly test pun aku tulis dalam ni. dulu masa sekolah selalu tulis benda-benda motivation macam ni dalam diary, nak motivate diri kan. tulis ayat-ayat jiwang pun banyak gak, tapi biarlah rahsia apa yang aku tulis kehkehkeh

unbelievable ! the letterssssss ( perlu ke 's' sampai 6 kali ? ) ! banyak betul. aku rasa ada lagi surat-surat zaman tok kaduk ni, tapi dah kena makan anai-anai. ni surat dari best friends, dari kakak angkat and konon-konon pakwe dulu. kelakar pulak bila baca balik surat-surat ni. haaii zaman sekolah, sangat lah best :O

and one card yang aku simpan. oohh this is so memorable kaaan. sedihnya bila ingat zaman-zaman muda yang penuh dengan kenangan manis dan pahit. rasa macam nak putar balik masa ni, dan nak bersama dengan kawan-kawan yang memang over sporting dulu

ni kad birthday dari aida. masa ni aku baru nak masuk 17 tahun. ni the last birthday card that I received from someone. ohh sedih sangat. dah lah cute birthday card ni, plus handmade from aida pulak tu. sayang aida sangaaaat ! rindu kenangan dengan mereka. AIDA, ZATY, FARHAH, FIQA. sob sob sob =(

memorable photosss ! banyak sangat gambar waktu sekolah, waktu nasyid darjah 4 sekolah agama, gambar jadi pengawas sekolah agama. rindu sangaat. gambar waktu PLKN. ini sangat tidak cool bila perasaan rindu membantai jiwa raga

sometimes, friendship is not about what we have, but it is what we feel together when we are apart and the bond will never break.

ahaak ! gambar nasyid masa darjah 4 sekolah agama. lawak gila muka aku masa ni. wakakakakakak :D




kalau lah mampu aku singkap tabir kenangan ni. mesti aku akan rasa manisnya sebuah ukhwah tu. (:

bila ayat sastera aku keluar. puihhhh ! 










 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good