ehh assalamualaikum. ishh lama tak update, rasa macam dah idealess nak tulis entry. *blur *
minggu ni, aku ada kem kat pahang. kem ape entah, aku pun tak tahu sangat. dah member ajak, aku ikut je lah. dah memang weekend ni, free of charge. tak salah kalau nak involve dengan aktiviti yang mampu buat masa-masa kau terisi. cewaahh. cakap macam skema gila apa ada hal kaan. tapi most of my housemates nak pergi shopping kat sogo, jalan TAR !! wowww. very the jealous sebab tak dapat nak ikut * sedih tak berair mata *
orang kalau suka, dia buat. kalau tak suka tak buat. so, aku nak list up apa yang aku akan buat, dan apa yang aku tak akan buat. boleehh ??
YANG PERTAMA
I do - kalau shopping, aku suka windows dulu ! do you know about window shopping ? oke. kalau aku, tengah waktu kering kontang, aku akan windows je. tapi kalau gatal sangat tangan nak membeli tanpa membelah, kopak lah jugak RM 50 tu beli itu ini. tapi, aku ni jenis tak choosy sangat jalau pilih barang. mana berkenan, aku rembat
I do not - aku tak suka nak beli mahal-mahal. aku tau aku still student, duit pun kerajaan bagi. tak mampu lagi nak perah keringat, nak cari duit sendiri. tak mampu lagi. belajar pun tak habis lagi. have 4 semesters more to finish my degree ! lama kan. so, aku kalau beli beg, harga RM 20 tu memang dah mampu sangat lah. tak nak lah beli sampai beratus. asal boleh pakai sudah, kalau koyak pun tak terasa sangat. kalau RM 200 ?? hah ! mau patah hati
YANG KEDUA
I do - aku jenis suka melepak sana sini. melepak here means by hang out dengan kawan. aku memang bukan jenis selalu keluar, tapi once aku spend time dengan membe-membe, mesti keluar pagi, balik dah malam. ngehngeh. tapi tak ada lah selalu, sebulan tu sekali dua je lah. tapi stress here, kawan perempuan. not guy oke
I do not - benci sangat kalau orang tak tau batas pergaulan. lelaki perempuan campur-aduk macam laki bini. euwww. what very the teruk that orang. bukan tak boleh nak berkawan, tapi agak-agak kan. kalau non-muslim tu, lantak lah depa nak buat pa. aku tak kisah punya
YANG KETIGA
I do - very like orang yang sentiasa ada dengan aku. orang tu boleh layan aku. boleh ada disamping aku time aku perlukan dia. so far, dia seorang je yang mampu buat semua ni kat aku. saat aku ketawa, dia ketawa bersama, saat aku menangis, dia hadir penenang jiwa, saat aku marah, dia sabarkan, saat aku susah hati, dia sentiasa disamping. I MISS HIM
I do not - very-very dont like kalau orang tu kejap ada kejap tak ada. kalau mesej tu, berjanggut aku tunggu, baru nak reply. memang malas lah nak layan. eh. kalau reply tu, just saying " oke, yeke, tak lah " hurmm. tak apa lah. kalau macam tu, esok-esok je aku layan balik. menyampah kot
cukup eh update pasal ni dulu. sebab. dah malas nak taip. byeee ! :P
No comments:
Post a Comment
memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^