Wednesday, 21 March 2012

awak. saya masih ingat..

walaupun aku dengan dia dah lama sangat berpisah, tapi segala yang berkaitan tentang dia aku ingat. apa yang jadi dengan dia, aku masih ingat. setiap inci, setiap saat, setiap detik, semuanya masih segar dalam ingatan aku

eh assalamualaikum awak-awak



aku bukan nak ingat, tapi aku teringat. aku rindu. aku rindu. aku rindu segala kenangan bersamanya. aku bukan nak sangat ingat, tapi aku teringat. ingin aku jelaskan disini, tekankan disini, aku bukan nak ingat, tapi tak boleh lupa. memang setiap masa, aku teringat kat dia. apa dayaku, apa mampuku

# awak. saya masih ingat pertama kali kita berjumpa. pertama kali kita jumpa kat bustop depan sekolah saya. masa tu saya teman membe saya jumpa membe awak. dan tak sangka masa tu saya akan berkawan dengan awak. lagi tepat saya akan menyintai awak sampai saat ni

# awak. saya masik ingat awak kejar saya dari sekolah sampai bustop rumah saya. awak kejar naik motor. sampai je bustop rumah saya, awak tahan saya, minta no. tel. saya tak bagi no. saya. bagi nombor telefon mama saya. sampai saya kena marah dengan mama sebab ada orang asyik misscall je. dan orang tu adalah awak. akhirnya, saya bagi jugak no. saya kat awak

# awak. saya masih ingat, awak selalu mesej saya. wish morning, wish night. bagi msg comel-comel kat saya. tapi saya tak layan pun sebab saya taknak kawan dengan awak. saya takut nak kawan dengan awak sebab saya tak kenal awak. akhirnya sebulan jugak saya tak layan, dan saya balas mesej awak sehingga kita bercinta

# awak. saya masih ingat pertama kali kita jumpa masa tu. awak datang rumah saya. the first guy yang datang rumah saya sebab nak berkenalan dengan saya. itu pasal saya jatuh cinta dekat awak. bahagianya masa tu awak

# awak. saya masih ingat, tahun pertama kita raya sama-sama. awak bagi kad raya. siap dengan lirik lagu hanya padamu dan bila terasa rindu. masa tu saya suka sangat sebab dapat lirik lagu dari awak. yang paling saya ingat masa tu, awak hias kertas lirik lagu tu dengan nama kita berdua. so sweet

# awak. saya masih ingat. masa saya bagitahu yang saya kena pergi plkn untuk 3 bulan. awak sedih. awak nangis. saya nampak. tapi awak sembunyikan. saya tahu awak tak boleh berjauhan dengan saya. saya pun macam tu jugak. tapi saya tak boleh nak buat apa masa tu. takpe, masa tu, saya masih dapat seka air mata awak

# awak. saya masih ingat. masa saya dalam perjalanan pergi PLKN, awak mesej saya sepanjang perjalanan. awak tak tinggal saya pun walau seminit. masa tu saya tak dapat pegang handphone sebab memang rules kat PLKN macam tu. lepas saya bagi handphone, saya tak dapat mesej awak. tapi setiap hari jumaat petang, mesti dapat balik handphone dan masa tu lah awak akan tunggu saya mesej awak. dan kita akan gayut sampai 2 3 jam satu malam

# awak. saya masih ingat. kita gaduh besar sebab saya simpan no.lelaki kawan PLKN saya. saya tahu awak cemburu. tapi saya taknak mengaku sebab saya ego. saya jahatkan. saya sangat terharu bila masa tu awak kerja sebab nak belikan saya handphone. tapi bila saya buat awak mcam tu, awak terus berhenti kerja

# awak. saya masih ingat. masa saya dapat tawaran sambung belajar sama ada kena pergi kolej matrikulasi johor atau asasi kat UIA PJ, awak suruh saya sambung kat kolej matrikulasi johor je sebab awak taknak jauh dari saya. tapi saya cakap saya nak sambung kat UIA PJ, dan pada masa yang sama, awak pun nak sambung degree. dari awak apply kat UTM dan UTHM, awak tukar pergi UiTM shah alam sebab nak dekat dengan saya. awak sanggup buat apa sahaja untuk saya

# awak. saya masih ingat. setiap kali saya nak balik jb, dan saya kena pergi pudu nak naik bus, awak mesti temankan saya. walaupun dari shah alam nak pergi puduraya tu jauh, awak sanggup redah naik bus hampir satu jam pergi puduraya semata-mata untuk saya. walaupun masa tu dah petang, dan hujan lebat, awak masih sanggup temankan saya

# awak. saya masih ingat. kalau saya terdesak nak guna duit. awak mesti bagi saya duit walaupun masa tu awak tak ada duit. walaupun saya cakap taknak, awak bagi jugak. dari situ saya tahu awak tak pernah berkira dengan saya. awak sanggup tak makan semata-mata nak topup handphone nak mesej saya. awak sanggup lakukan apa sahaj untuk saya

# awak. saya masih ingat. semuanya pasal awak. semua. semua. awak pernah balik jb semata-mata nak pujuk saya. walaupun saya yang buat hal, tapi awak masih mampu maafkan saya. saya tahu awak sangat sayangkan saya. saya pun sangat sayangkan awak. saya cintakan awak sepenuh hati saya.

# awak. saya masih ingat. walaupun saya selalu buat awak marah, sakit hati, cemburu. awak sentiasa maafkan saya. awak tak pernah berdendam dengan saya. malah awak sentiasa ada disisi saya. setiap masa dan ketika. awak sentiasa temankan saya dengan mesej-mesej awak. awak datang kat saya waktu saya perlukan seseorang. awak ada dengan saya masa saya menangis. awak pinjamkan bahu awak untuk saya. awak hulurkan tangan untuk tenangkan hati saya

# awak. saya masih ingat. saya sangat cemburu bila awak layan perempuan lain. sebabnya adalah saya sangat sayangkan awak, saya sangat cintakan awak. saya takut kehilangan awak. saya takut saya tak dapat rasa lahi perhatian dari awak. saya takut awak beralih arah. saya takut awak tinggalkan saya. saya takut cinta awak untuk orang lain. dan apa yang saya sangat takut dah pun terjadi sekarang. saya dah kehilangan awak. kita dah berpisah setahun lebih kan awak

# awak. saya masih ingat. kata-kata awak. semua kata-kata awak. hadiah dari awak. bear awak. semuanya awak. walaupun awak dah taknak pandang saya, dan awak dah lupakan saya. saya masih tak mampu lupakan awak. kenapa awak ? kenapa ? kenapa saya masih ingat kat awak ? saya masih mengharapkan awak kembali. kembali seperti dahulu. saya berdoa jika awak untuk saya, dekatkan lah hati awak dengan hati saya

awak. sampai ke saat ini. hanya cinta awak yang masih berbekas dihati. hanya awak yang mampu buka hati saya. dan miliki hati saya. hanya awak seorang. awak yang menerima saya siapa saya. walaupun saya gemuk, awak terima saya. walaupun saya selalu complaint pasal awak, awak sentiasa mengalah. awak.. saya rindukan awak sangat-sangat. saya bukan terhegeh-hegeh, tapi saya masih tak mampu nak lupakan awak

SUBHANALLAH.
AKU MENCINTAINYA..
 SUBHANALLAH..
AKU MENYAYANGINYA..
DARI UFUK TIMUR HINGGA KEBARAT..
SELALU DIHATIKU..



 
 

 

4 comments:

  1. kenangan tak boleh delete kan..kita ttp akan ingt..;-)..nice..

    ReplyDelete
  2. sweet memories never fade rite??

    be strong. klu sudah jodoh, xkan kemana.

    doa saja yg terbaik :))

    ReplyDelete
  3. rasa macam baca diary pulak.bg akak ini semua adalah rahsia hati adik.akak pernah lalu kisah macam adik.putus cinta ni biasa jer dik. skang akak dah ada anak-anak pun.bila ingat balik, semua tu tak ada apa-apa pun.Allah cuma menguji kita jer. masih ramai lagi lelaki yang baik di luar sana.Yakinlah pada Allah dan banyakkan berdoa supaya diberi suami yang beriman.

    ReplyDelete
  4. sedih sngat...kisah kita lbih kurg same... now dh 2 years, still tak boleh lupe tp always tabahkan hati terima hakikat sebenar... :)

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good