Friday, 3 January 2014

Sambung Master ?

Assalamualaikum.

Happy new year by the way. Dah 3 hari new year, baru nak wish. Punyalah hazabedah perangai. 

And thankful to Allah, I had completed my internship well. 13hb december haritu is my last day internship kat Le Grandeur Palm Resort Johor. So, dah terlajak kata ni, anyone yang nak cari tempat praktikal area senai or kulai, you are highly recommended to apply your internship here. Eh, iklan pulak kan. 

Habis internship pun dapat sijil. Prove ;)

Spot one me yang wearing the black one. As requested dari supervisor kat HR department, nanti nak ambil gambar dengan GM, kena pakai baju proper, maka aku pun dengan gigih bongkar semula 'gobok' cari the baju


Since the internship is the last requirement to complete my degree, so plan gamaknya nak cari calon suami. Tapi nampaknye, plan tu macam tergendala sebab masih tak ketemu calon suami. Makanya, plan bertukar untuk sambung study ke next level-Master/Postgraduate.

Untuk master ni, mula-mula aku tak terfikir langsung nak pursue kat oversea. Tapi macam keterujaan tengok orang study kat oversea macam tersangatlah best, maka keinginan untuk smbung abroad tu membuak-buak. Aku pun dah survey lah university mana yang boleh waive any english test and just need english medium as first language. 

Tapi entah bagaimana, usaha untuk study abroad tu terkandas di tengah jalan. Because of my dad tak benarkan. Berair mata lah sekejap sebab keciwakk tahap biawak bila keinginan tidak mendapat restu. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni.

Walau bagaimanapun, terasa nak apply jugak master kat oversea. Nak jugakk !! *sambil menjerit hentak kaki belakang pintu*

And at the same time, I got offer master kat UTM in Mathematic education. Memang haritu aku ada apply 3 university untuk sambung master kat dalam negara. Aku apply UM, UTM dengan UiTM. UiTM tu wajiblah apply, sebab UiTM dihatiku *acewah*

UM awal-awal dah reject aku. Yelah, pointer tak jejak 4 flat, memang susah tahap gaban lah nak masuk UM tu. And my rezeki dapat kat UTM yang dekat gilaa dengan rumah aku. Ayah dengan mama memang suka sangat bila aku bagi tahu aku dapat UTM. Yela, lepasni aku duduk rumah je, so senanglah ayah aku nampak aku hari-hari. Tulah katanyaaa -..-

Ni aku nak tunggu UiTM sama ada aku dapat ke tak master kat situ. Hurm, hati aku berat nak tinggalkan UiTM, yelahh, 3 tahun lebih aku abiskan masa kat situ. Tempat jatuh lagikan dikenang, ni pulak tempat tonggang terbalik suka duka dengan kengkawan. Lagilah sayang nak tinggalkan UiTM tu. Sob Sob T_T

Well, aku masih dalam dilema nak accept ke tak offer UTM tu. New place, new environment, new friends, new lecturers, new pakwe *ehh ehh* . Hati aku dah keciwakk tak dapat pergi oversea, jadi aku macam dah malas dah nak study. Kahwin je lah macam ni ! EHHH :P

 
 

6 comments:

  1. Accept!!!sudah merasa belajar di UiTM. Merasalah pula belajar di UTM.lain environment.luas pemandangannya

    ReplyDelete
  2. Jom samb master kat uitm sama2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau dapat ke tak uitm tu. tunggu je lah :)

      Delete
  3. bole share tak elaon dpt brape?

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good