Saturday, 27 July 2013

aktiviti ramadhan

Assalamualaikum.

alhamdulilah. bersyukur kehadrat Ilahi sebab diam tak diam, dengan izin Allah, sudah 18 hari kita berpuasa kan. time flies so fast. rasa macam baru semalam masuk bulan ramadhan, but now, dah nak masuk hampir 20 ramadhan. wow ! macam tak sedar langsung oke

tahun ni, aku bersyukur sebab dapat puasa kat rumah. yeaahh. walaupun on 4th ramadhan aku kena balik shah alam untuk menyempurnakan satu tanggungjawab sebelum boleh habis degree untuk 6 sem ini. rasa seronok gila bila dapat puasa kat rumah dengan family

dan sepanjang bulan ramadhan ni, memang aku fully housewife lah. duduk rumah all the time without any activities. dah tak payah fikir nak study segala bagai, duduk rumah goyang kaki sambil makan anggur, eh bulan puasa lah, dah kenapa nak makan anggur pulak tetiba ? hah

walaupun hari-hari kene bebel sebab bangun lambat ya amat dengan mama, tapi macam biasalah, anak dara macam aku ni bebal, payoh benoor nak bangun awal. lepas solat subuh je, pasti aku tidur semula dan pukup berapa aku bangun tu jangan tanya lah, yang pasti memang lambat. ahak, manelah mama aku tak bising.

tapi takpe, namun begitu, untuk mengambil hati mama yang sudah membebel ke atas anak daranya ini, aku akan basuh baju, sidai baju, lipat baju, sapu rumah, tolong masak untuk berbuka, kiranyaa kerja rumah, wajib aku buat. supaya tidaklah mama aku semakin geram dengan aku. ihikkk

terasa nak balas dendam setelah 3 tahun banyak stay up dan korbankan masa tidur untuk belajar. amboi, ayat kemahin macam poyo, tapi itulah kebenarannya bila bergelar student, harus ada pengorbanan sama ada dari segi masa dan tenaga. dan sekarang baru boleh nak bersenang lenang sebelum melangkah ke alam perkahwinan, eh salah. ke alam pekerjaan tak lama lagi ( gatal ler pulak )

semakin banyak lagu raya kat radio ni, tapi dalam banyak-banyak lagu raya yang baru, tak boleh lawan lagu raya yang lama. yang lama memang akan buat nostalgia raya tu menjadi semakin best. hah gittewwww

well, selamat berpuasa to all muslims :)

 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good