assalamualaikum
hai guys ! salam jumaat. jangan lupa potong kuku ye. hari jumaat ni. sunnah kalau potong kuku hari ni. ehh motif suruh potong kuku ?
well. tadi macam rajin sangat nak online. lepastu mula lah stalk kawan-kawan, pakwe-pakwe orang, makwe-makwe orang, laki orang, bini orang, mak orang, semua orang aku stalk. mementang aku ni anak orang, semua benda aku nak tau
tipulah aku kalau aku tak tercuit perasaan bila tengok orang yang dah kahwin, yang dah ada anak, yang dah ada laki. ehh ?? ape masalah aku sekarang ni. nak kahwin ke nak ada anak. kalau nak ada anak tu, aku ada dah. anak buah ! ahaa. setakat anak buah tu, aku rasa ramai dah kawan aku ada anak buah.
teheee ! gatal kemain kan bila orang sibuk cakap pasal kahwin ni. bukan gatal, tapi naluri seorang perempuan. kalau kau tanya orang gila nak kahwin ke tak, kompem depa cakap depa nak kahwin. kan ?! lagilah aku wanita yang punya hati dan perasaan. acececeehhh ! ayat macam minta pelempang sedas
" kak, macam mana si dia tu ? " mak aku selalu tanya
si dia tu refer kepada lelaki-lelaki yang pernah aku ceritakan kat mak aku. yang aku pernah rapat dan aku pernah nak sayang, tapi terpaksa lupakan hasrat untuk menyayangi diatas sebab sebab tertentu
soalan mak aku tu aku cuma mampu jawab, " kakak masih single. " haha jawapan klise. paling selamat sebab memang sekarang ni aku masih enggak punya siapa siapa dalam hati
biarlah aku bersama dengan kenangan indah itu sebab belum tentu akan ada lagi kenangan yang indah.
Hi.. aslkum.. bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
ReplyDeletehttp://slapmestore.blogspot.com/