Wednesday, 16 January 2013

melantak di seoul garden

assalamualaikum

siapa pernah menolak kalau orang ajak makan ?
siapa taknak kalau orang ajak makan ?
eh kan dua soalan ni mempunyai maksud yang sama. oke abaikan ye. well. 

tadi habiskan masa kat setia city mall macam dah habis exam. menternak lemak, melepak macam dah tak ingat kau ada lagi satu paper oke next week. ye, aku tau, ramai student u kat luar dah boleh gelakkan aku guling-guling sebab aku juga tau yang kau orang dah habis exam. ada yang siap pergi holiday lagi. so, aku memang nak cakap jujur. aku jeles oke ! JELESSSS (caplocks dan triple s ) perlu ??

jadi, lepas je paper statistical method tadi, aku dan 9 orang classmates aku berangkat ( hamboi berangkat kau ) ke setia city mall sebab memasing dah kebulur nak makan kat seoul garden. termasuk aku. opsss. siapa tak rase craving bila tengok orang makan dengan pelahap sampai terjojol biji mata. dapat makan itu dan ini dengan selamba tanpa perlu ada limit ( REMINDER : jangan jadi tamak )

masa aku pergi tadi, aku kena bayar RM 30.00 nett per person. kalau korang nak murah, kena pergi waktu lunch hour which is from 11.00 am until 3.59 pm and make sure korang student ( WAJIB BAWA KAD PELAJAR ). kalau student tapi tak bawa kad pelajar tak guna jugak sebab korang tak kan dapat lah harga student kan. so, kena bayar lebih lah untuk makan dengan pelahapnya

jadi seramai 10 orang termasuk seorang jejaka kelas yang boleh dianggap sebagai perempuan sebentar tadi, kami dengan rakus dan sopan ( dah rakus tapi sopan pulak ) ahh ghasak , makan dengan bahagia tadi

korang boleh ambil whatever u want kat situ. nak ayam, daging, sotong, steamboat, kerang, udang, nasi, mi, aiskrim, air and whatever is served there, korang makanlah sampai tersembul pusat. nak jadi tukang buat abc pun boleh kat situ. siap boleh letak-letak jagung, nata de coco, hamboiiiii ( watery )

bila dah keluar tu, memang tak sah lah kan kalau tak amik gambar berimbun-rimbun. waktu makan tudung senget macam tudung saji pun dah tak kisah asalkan perut diisi dengan penuh dan sendat
 

" eh, mintalah tolong pekerja kat sini amik gambar " dan terhasil lah gambar 10 orang ini. woww !! makan bagai 30 orang ni

gambar bersama memang harus diabadikan agar dapat dijadikan kenangan untuk diceritakan kat anak cucu nanti

senyum sokmo bila dapat bergambar :)


1. pasangan serasi tapi tak boleh digandingkan ( mau aku kena belasah ni ) hikhik
2. muka cover kekenyangan
3. terserlah kekenyangan dimuka ( seronok )
4. dah kenyang, sudu pun jadi mangsa untuk dijadikan dessert
 

import 2 orang chef dari venuzuela. memang tip top ye dorang ni masak. tip top sangat sampai hangit ayam tu dorang buat

korang apa maksud gambar ni ?

hikhikhik malu pulak letak gambar ni sendiri kikiki maluuu ^____________^
dah selesai makan tu, perlu tunaikan kewajipan terhadap ILAHI. perlu bersyukur dengan rezeki yang diberi. alhamdulilah. masih diberi kesempatan untuk menikmati makanan yang sangat sedap dan berkhasiat *cewaaahh*

lepastu, mulalah sesi berjalan-jalan dan buang masa atau lebih tepat dikenali dengan nama saintifik 'MELAGHA'. window shoping je yang termampu petang tadi. sebab hujung-hujung sem ni paham je lah. poket pun dah nak kemarau kihkih

nampak playground rasa nak main pulak. hikhik bila dah seronok main baru baca kat papan tanda kat situ

" hanya kanak-kanak berumur 5 tahun -12 tahun "

tu cano nak wat tu ? dah seghonok bermain dah tu. baru sedar yang semua ni umur dah 20 an kahkahkah
 
nampak tak keinginan nak main gelongsor, segala jadah permainan kat situ ?

persahabatan itu ada manis dan pahit. baru tahu erti persahabatan :) 



 

 

 

 

5 comments:

  1. bestnya. teringin jugak nak g seoul garden.:(

    ReplyDelete
  2. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
  3. Seoul garden ni kat mana ye? macam best je :)

    ReplyDelete
  4. wah...syok nye...sedap je nampak mkanan dia..

    http://nurulnamasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. @ finiey : ni kat setia city mall klang. kat tempat lain pun ada :)

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good