Thursday, 1 November 2012

kisah naik cuti midterm

assalamualaikum.

nampaknya, cuti aku tinggal 3 hari je lagi. ahad ni, aku dah kena kembali ke tempat bertapa aku kat shah alam. kembali menelaah buku setebal 5 inchi, kembali melangkah dengan gigih untuk ke kelas di pagi hari bermula jam 8 pagi sampai 6 petang, kembali meronggeng setiap minggu sebab stress tak mengagak, kembali ke sekolah. ayuh !. 

tapi dengan selamba bin badak, aku masih tak hingin nak beli tiket bus balik shah alam ahad ni. ( adakah aku rasa malas nak balik ? SUDAH TENTU !! )

pulang ke tempat bertapa, dah tak ada masa nak meronggeng tak tentu hala macam sebelum midterm, nak bershoping sakan sampai tertanggal kepala lutut, nak menternak lemak sampai tak ingat lemak dah meningkat sehingga limabelas sentimeter. ohhmaaaiii

naik je cuti ni, 4 test dah menanti. anugerah dekan yang mungkin dihadiri. 3 lagi kelas swimming sebelum aku berjaya menggantikan tempat pandalela. proposal final year project yang wajib disiapkan dalam jangka masa lagi 7 minggu, research pasal final year project yang harus mengambil seberapa banyak journal dan buku untuk direbus sebelum dibaca. presentation yang mesti ada gaya dan isi yang mantap.

( banyak bukan ? kalaulah ada doraemon.... ohh jangan mimpi lah )

ohhh apakah. apa lagi yang perlu dibuat ? apa lagi ? nampak sangat tak ada masa nak berjimba, nak meronggeng, nak karoeke, nak buang masa. aiseiimenn

cuti hampir 2 minggu ni, aku hanya buang masa sehabis buang. malas betul nak buat kerja yang bertenggek-tenggek minta disiapkan. dan paling tak best, bila tadi kawan aku bagitau yang assignment hari tu kene reject. tak memasal kena buat semula. sangat tak cool oke bila dah senang lenang duduk depan tivi sambil kacau adik kat sebelah, kena pulak buat assignment yang ambil masa dalam 3 jam untuk aku redo ! 

* stress oke ! stress !
 

 

 

1 comment:

  1. kalau cuti dah tinggal sikit..mulelah rase kemalasannya kan!

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good