Sunday 25 November 2012

kisah hari jadi aku

assalamualaikum

nampaknya, sudah genaplah umur aku 22 tahun 1 hari. again 22 tahun. gulp ! rasa macam tak percaya pulak, aku ni melepasi umur 20 an. rasanya semalam baru je umur 12 tahun. masih kat rumah, pagi-pagi mandi air panas nak pergi sekolah, lepastu sarapan lempeng dengan air milo. tunggu van nak pergi sekolah. kasut sekolah pun masih yang lekat-lekat tu. fuhhh nostalgia betul

tuptup hari ni dah 22 tahun, dah besar panjang. tinggal setahun lagi nak habiskan degree. semoga aku berjaya genggam segulung ijazah dan aku mampu dapatkan anugerah naib canselor untuk degree ni. YA ALLAH makbulkan doaku ini

semalam hari jadi aku. memandangkan hari jadi aku jatuh on weekend, aku rasa better aku balik rumah. walaupun hanya dapat duduk rumah dengan riang ria selama satu hari, tapi ada aku kisah, aku nak balik jugak

" mama, kakak nak balik "
" baliklah kak "

aku ambil tiket pukul 1.45 petang. nasib baik ada bus. penuh pulak tu bus. on the bus, aku call lagi mama aku.

tut tut. tut tut. ulang sebanyak yang mungkin, sebab menandakan telefon tak berjawab. hampa gila tak dapat call mama. then aku call ayah aku. nasib baik dapat. yes ! tapi..

" mama mane ayah ? "
" mama dah balik kampung, ambil nenek kat hospital. "

tak memasal air mata aku jatuh. kenapa ? kalau mama aku balik kg, bermakna aku tak dapat jumpa mama aku. aku balik rumah sebab nak jumpa mama, nak cari balik kekuatan dalam diri. nak peluk mama. tapi sedihnya bila mama tak ada kat rumah. tak apa, ayah kan ada. 

* sambil kesat air mata yang jatuh berderai. dramatic betul aku *

sampai je kat skudai, ayah ambil aku macam biasa. sampai rumah, memang rasa kelainan sebab mama tak ada. sedih sedih ni. malam tu aku call lagi mama.

" mama, bila balik ? "
" tak tau lagi lah kak. ahad kot. "

finee. ahad aku dah balik shah alam oke. bila aku nak jumpa mama ? sebulan lagi kot. rindu gila bangang ni. ni je lah satu-satunya hujung minggu aku yang free of charge tanpa aktiviti walaupun minggu depan ada 3 kuiz yang mampat lagi jitu. 

hari sabtu ( on my birthday ), aku call mama lagi. nak pujuk punya pasal suruh balik. sebab rindu yang amat sangat. sangat-sangat. kalau boleh taknak balik shah alam dahh. sebab aku dah kehilangan ketenangan kat sini semenjak hari itu. dan aku harus menahan lagi setahun untuk habiskan degree

" mama, baliklah "
" tengoklah kak, kalau ada orang hantar "

memang masa tu aku terus menangis lagi. macam dah duduk asrama dah. dengar suara mama je nangis. nangis je dengar suara mama. apekejadahnya lah aku ni. umur dah 22 tahun, tapi kuat menangis. cissss -..-

aku hilangkan kesedihan dengan siapkan assignments, study mana yang patut untu kuiz minggu depan. siap semuanya, aku baring-baring relax sebentar. lepastu aku sembahyang asar. dalam pukul 5.40 petang, tiba-tiba mama call. kenapa ?

" kakak, mama balik jap lagi dengan atok nenek semua. "
" yesss ! "

dalam pukul 10 malam, mama aku sampai dengan atok nenek, cik jua, cik jumaiyah, zira, azri, cik nap semua. dan yang paling best, mama bawa kek untuk my birthday ! yeaaaayyyyyyyyyyyyyy ! on the sport, mama goreng mihun, kitorang bakar otak-otak, goreng keropok lekor. dalam setengah jam, everything is done.

million thanks to my beloved mama ! I love u very much !

mama bacakan doa before celebrate my birthday. terharunyaaaa :)

kek yang comel dan sedaaaaaappppp. thanks again mama =)

muka budak 22 tahun yang jakun bila dapat kek ! 22 tahun kah ?

terasa macam retis pulak tibe-tibe bila banyak kamera dihadapan. ni mama suruh potong then capture one picture. love u mama so much !

mula-mula sedih ya amat sebab tak dapat jumpa, then end up with this celebration. terima kasih kepada mereka yang wish and pray for me. terima kasih banyak-banyak. May ALLAH bless all of you guyss ! 

balik shah alam ni, kena study betul-betul. taley malas-malas dah ;)



 

 

2 comments:

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good