walaupun hati ni kadang-kadang rasa macam kental semacam. kuat seperti batu. tabah bagai mampu buat apa sahaja. cekal bagai tiada apa yang bisa buat aku goyah. tapi sebenarnya jauh dalam hati, aku sebenarnya seorang yang lemah. luaran nampak ceria, tapi dalam hati menangis sepuasnya.
air mata tanpa rasa =_='
sekuat mana hati mampu bertahan, sekuat mana hati mampu menyembunyikan rasa terseksa, sekuat mana hati bisa gagah untuk tempuh onak-onak duri dugaan hidup. yeaahhh. umur dah 22 tahun. mesti akan ada rasa keinginan itu dan ini. tak orang tak kita. everyone will feel it. everyone has their own desire. sapa kata aku tipu ? mai datang aku kasi hentak sikit kepala die =P
lately ni bila tengok orang berpasangan ( dah kahwin ), dalam hati mula terdetik. when my time ? lambat lagi ? 5 tahun lagi ? lamanyaaa. aku gatal ? miang sangat ? hey all out there. U can say whatever u want. as long as korang tak menyusahkan hidup aku, u can say whatever u want. tu mulut korang, bukan mulut aku. takkan nak sumbat dengan tong kot nak suruh korang tutup mulut.
* maafkan aku sebab bahasa macam minta pelempang
mungkin dulu aku pernah melalui waktu, saat, masa bercinta. tepat 3 tahun, hubungan yang terbina putus di tengah jalan. segala apa yang diimpikan hancur berkecai. setiap janji dan kata-kata manis, lenyap dalam sekelip mata. kerana kesalahan diri sendiri, aku terpaksa melalui hari-hari yang memeritkan tanpa dirinya disisi. biar sesukar mana pun, I should move on untuk hari-hari mendatang
inilah dinamakan dugaan hati.
bila mana keinginan hati untuk bercinta itu timbul, aku cuba elakkan. aku tak mampu lagi nak melabuhkan cinta hanya sementara. aku tak sanggup lagi cinta yang disulam terlerai macam tak ada tujuan. tu semua buang masa semata-mata !! yang aku pupuk dalam hati yang terluka ini, cinta ini hanya untuk yang halal. bukan lagi hanya untuk sementara, bukan lagi hanya untuk 3 tahun, bukan lagi hanya untuk 10 tahun, tapi biarlah ianya cinta sehingga ke jannah
aku bukan boneka para lelaki. aku bukan mainan para lelaki. aku bukan perempuan tempat lelaki menabur janji manis. aku bukan perempuan tempat lelaki hilangkan kebosanan hanya untuk kepentingan diri. aku bukan tempat sandaran lelaki untuk merawat luka hati. aku bukan tempat persinggahan lelaki untuk mempermainkan perasaan.
makin lama, makin muak untuk kenal lelaki. makin lama makin menyampah nak rapat dengan lelaki. makin lama makin bengang dengan lelaki si mulut manis. bukan aku nak menuding jari nak salahkan sesiapa, ni adalah luahan hati yang lama terpendam. ingin sahaja aku meminjam bahu untuk melepaskan segala bebanan hati yang semakin sarat. mahu sahaja aku membenam muka untuk menzahirkan seksaan jiwa
terbaikk
ReplyDeleteterbaikk..syabas
ReplyDelete