Wednesday 4 July 2012

aku serahkan pada ILAHI

assalamualaikum.

sempena malam nisfu syaaban ni, aku berdoa agar segala urusan aku dipermudahkan dan diberkati. macam tak percaya, sekejap je rasa masa ni berlalu. lagi 15 hari nak puasa. lagi 15 hari dah nak bulan ramadan. lagi 15 hari birthday dia. lagi 15 hari semua umat islam akan menjalankan tanggungjawab yang ketiga. rasa macam baru je bulan januari. rasa macam baru je nak masuk tadika. 

* ehh. ayat last tu macam over terlebih

sebenarnya aku dalam mood sedih yang teramat sangat ni. nak meluah tapi tak tahu nak luah kat siapa. nak menangis tapi tak tahu nak bersandar pada siapa. nak menjerit tapi hanya mampu jerit dalam hati. nak lari sejauh mungkin tapi lari memang tak laju. haishhh

dalam minggu exam ni, aku rasa macam stress. tertekan. pressure. frust segala bagai ada. aku baru jawab 2 paper, tapi both paper susah yang teramat sangat oke. rasa macam nak putus nafas tadi jawab soalan akaun. soalan susah gile-gile. kalau boleh, nak nangis kat situ jugak sebab susah sangat. sampai tahap aku blank dan terketar-ketar jawab soalan tadi. tulisan jangan cakap lah. dan macam cakar biawak aku rasa

# tapi apapun, aku serah pada ILAHI. aku dah cuba sedaya upaya. aku sedaya upaya jawab semua soalan walaupun aku tak yakin jawapan tu betul ke tak. aku dah bertawakal je tadi. aku cuma berdoa agar aku tak repeat paper tadi. 

YA ALLAH. aku kepadamu aku berserah.

beberapa hari ni, hati aku rasa macam gelisah je. bila tengok kawan-kawan aku ramai yang dah melangkah ke stage seterusnya, aku tertanya-tanya. my mind keep asking.

" macam mana jodoh aku nanti ? "
" adakah dia terima aku seadanya ? "

# apapun. aku serah pada ILAHI. aku yakin akan ketentuanNYA. aku yakin akan takdirNYA. aku hanya mampu berdoa dan berdoa. walaupun dalam hati aku jeles tengok kawan-kawan aku sudah mempunyai pasangan, tapi aku yakin janji ALLAH. cinta dahulu mengajar aku untuk jadi lebih baik. percaya akan cinta ALLAH. 

aku pegang ayat ni.

jika kita mencintai ALLAH sepenuhnya, ALLAH akan berikan kita cinta sejati. amin.

Ya ALLAH. Kau berikan aku imam yang membimbingku ke jalan Mu.
Ya ALLAH. Kau berikan aku imam yang boleh mendidik aku.
Ya ALLAH. Kau berikan aku imam yang sentiasa melindungi aku.
Ya ALLAH. Kau berikan aku imam yang hatinya mencintaiMU dan rasulMu.
Ya ALLAH. Kau berikan aku imam yang selayaknya untuk aku.

 

1 comment:

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good