beberapa hari ni, aku sangat rajin main application dalam facebook. entah pape je application dalam facebook ni. langsung semua tak boleh percaya uolls. mula-mula dulu pandang sebelah mata je bila tengok keluar kat home friend dalam facebook main application, malas lah nak main. tapi bila kena hasut dek housemates yang kekadang giler-giler ajak main, aku pun belasah jugak main.
* mulalah start komen yang langsung takde kena mengena kalau main application ni
PEKERJAAN YANG SESUAI
ade ke patut suruh aku jadi guru silat. aissh. walaupun aku ni darah keturunan guru silat, tapi aku langsung tak pandai silat. setakat buka kuda-kuda tu aku pandai lah. kalau lawan aku buka kuda-kuda jugak, aku buka langkah seribu. laaarrriiiiiiiiiiiii
HADIAH PERKAHWINAN YANG BOLEH BUAT KORANG MENANGIS
eh eh. sesuka hati je nak cakap aku menangis bila aku dapat buku nota masa wedding aku. ei, aku bersyukur tau dapat buku nota. boleh aku simpan untuk bakal anak-anak aku sekolah nanti. dah jimat duit nak beli buku, walaupun masa tu kertas buku tu dah tukar colour, tapi boleh pakai lagi. selamatkan bumi anda. eh, tetiba. MOTIF ?
APA PASANGAN ANDA SEDANG BUAT ?
walaweh. pasangan aku tengah nyanyi dalam toilet pulak. macam tau-tau je pasangan aku memang suka menyanyi. mesti orang yang buat application ni selalu skodeng pasangan aku. haish. dalam banyak-banyak benda pasangan aku buat, nyanyi dalam toilet jugak dia skodeng. sah KAKI SKODENG !
BERAPA ORANG ANAK YANG ANDA MAMPU MILIKI ?
yang ni tak menahan. melampaui batas betul. ayat tak boleh blah. bertenaga dan mau selalu. amboi amboi. ingat kilang proses beras ke. boleh produce hari-hari. ingat aku nak buat team nasyid ala-ala rabani, tu pun baru 10 orang tau. ni 12 orang siap. bagi 6 cukup lah. hikhik tak memasal berangan tak bertempat muahahahaha !
* teringin nak ada baby sendiri. woot. woot. ( sila lempang muka lajulaju agar sedar diri )
KENAPA ANDA PERLU KAHWIN CEPAT ?
boleh tak kalau aku nak terajang application ni lapanbelas tendangan. boleh ? karang aku bagi. haishh. parents punyalah bagi green light cari pasangan. tapi tak ada lah sampai nak kena kahwin dengan duda. YA ALLAH. minta dijauhkan. ish ish. tamaaaauuuuuuuuuu. aku nak bujang sebab aku anak dara sunti lagi taauuu. ni application ni nak kena saman taauuu !
HADIAH YANG SESUAI UNTUK MEMUJUK HATI PASANGAN
omakaaau ! kalau setiap kali majuk nak kereta ferrari, kalau setiap kali majuk nak kereta ferrari, mau aku makan angin seumur hidup. minta bunga sekuntum sudahlah. tak payah nak kereta ferrari segala. hishh tetiba !
RUMAH YANG SESUAI ( BUAT KALI KEDUA )
poyo lah application ni. ada ke patut aku dapat rumah pokok. ni nak kena sebat ni. celah mana aku nak cari pokok buat rumah kang. kang aku buat rumah kat pokok rambutan, belum sampai sehari, dah ranap rumah aku. tapi yang lagi best bila buat kali pertama
RUMAH YANG SESUAI ( KALI PERTAMA BUAT )
ni rasa nak tembak pakai senapang gajah. khemah dia bagi aku. memang aku ni traveller kan. nak hangkut khemah kehulur kehilir. then, lipat masuk dalam beg, travel lagi. dah tu, bila pulak nak bermastautinnye. elok lah tu, mula-mula atas tanah, then atas pokok. elok benauu lah tu. muahahaha
#### AMARAN berantai : jangan percaya kat semua application ni. it's just for fun :D:D
No comments:
Post a Comment
memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^