Thursday 28 June 2012

#5 life story

waktu petang macam ni, memang aku rasa malas nak study. sebab tadi dari pukul 11.30 sampai pukul 4.15 aku dah pulun 4 past year paper. ni rasa macam nak termuntah pulak ngadap lelama. huisshh ! sungguh tak sopan kan ??

padahal lusa dah start final kot. 

* YA ALLAH. permudahkan lah urusan hambaMU ini. aku hanya mampu berusaha dan berdoa. selebihnya aku hanya mampu bertawakal kepadaMU.

stress gile kot bile exam week macam ni. rasa macam otak nonstop berfikir. tapi tak apa, hanya untuk 11 hari je. dan aku MESTI buat yang sehabis mungkin. sehabis baik. sehabis usaha lah. I will put full effort to my exam. 

# kata nak dapat anugerah dekan lagi. AMIN AMIN

orang kata, nak seribu daya, tanak seribu dalih kan. so if u want something, U have to do something until you get what you want. kejayaan tak datang bergolek, kecemerlangan tak datang tanpa usaha. since sekolah, aku tanamkan dalam diri, kalau nak sesuatu, buat sampai dapat. jangan buat separuh jalan. walaupun aku ni seorang yang cepat bosan, tapi aku kena cari jalan gak untuk achieve apa yang aku nak

by the way, dalam aku tengah berusaha untuk mencapai bintang ( sambil nyanyi lagu yuna ), aku sangat sedih sebab tak dapat nak attend wedding best friend aku on this coming saturday. 30hb ni aku start exam, 30hb ni lah best friend aku tu kahwin. 

aku doakan mereka bahagia till jannah. walaupun aku tak dapat datang, doa aku tetap mengiringi mereka. auwww ! bestnya nak kahwin dah.

aku ?? mama dah bagi green light. cuma aku masih belum terbuka hati nak terima orang dalam hidup. aku serik. aku takut untuk bercinta lagi. bila aku dah start suka kat someone, aku sedih sangat bila aku dapat tahu aku cuma optional untuk dia. dia sedang mencari yang terbaik untuk dia, tapi pada masa yang sama, dia buai perasaan aku.

*  I hate a guy yang macam ni !!

but. pada masa yang sama, ada yang datang untuk serius tapi aku rasa macam tak ada perasaan pulak. so, tinggallah aku dalam dilema. hakhak dilema sangat lah kan. 

p/s : aku yakin dengan ketentuan ILAHI. YA Allah, kau pelihara hati , perasaan dan diri ini. agar aku buka pintu hati ini hanya untuk yang sah, iaitu bakal zauji. 

amin.

 
 

1 comment:

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good