setelah mengharungi satu minggu yang sarat dengan test, assignment, class, projek, dan macam-macam yang boleh menegangkan urat-urat tengkuk dan menyerabutkan sel-sel otak, tak kurang menghuru-harakan hormon-hormon dalam badan. at the end, berakhir juga minggu ini. minggu yang mencabar dan memenatkan sangat-sangat. rasa nak nangis je -..-
SEBAB, KERANA, BECAUSE, AS :
ahad - test numerical ( alhamdulilah, boleh jawab )
isnin - test akaun ( tak cukup masa nak semak, sempat buat je )
selasa - test listening arab ( nasib baik senang je )
khamis [today] - test BEL 442 ( syukur, mampu buat )
dan malam ni, seperti biasa. setelah penat mengerah otak satu minggu. class hari-hari habis pukul 6, sampai rumah mata dah GHABAKKK nak tertonggeng, badan dah sengal-sengal kuda minta diregangkan. aku macam nak rehat semahu-mahunya. lagi-lagi bila UITM bagi cuti seminggu untuk student sebab ada hari gawai. how lucky we are kan ? kan ? bhahaha
sila jeles sekejap, boleh ?
dan tadi, aku baru lepas ajak memembe aku melantak kat restoran mamak. sebab kempunan ROTI NAN CHEESE. aku tak tahu kenapa aku suka sangat makan roti nan cheese ni. adakah rasanya yang enak ? tapi biasa je aku rasa, roti canai lagi lazat. ( ohh kalori yang berganda ). ataupun aku sudah tergoda dengan bentuk roti nan itu ? macam ni pun bolehh. atau aku sudah diguna-gunakan oleh tangan mamak-mamak disitu ? ohh maiiiii. tamaauuuuuuuuuuuuu !
tapi yang penting, dalam satu sem tu, aku wajib pekene roti nan cheese satu. kalau tidak, kurang lengkaplah sem aku itu. hekhek.
roti nan cheese satu ! picture from my instagram. ( sila follow kalau ada ) :O |
No comments:
Post a Comment
memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^