Friday 20 April 2012

perlu ke nak couple ??

sekarang ni, umur 12 tahun pun dah tahu apa tu couple. budak darjah 4 pun tahu bercouple. dah pandai cintan cintun dengan boipren. yelah, sekarang dah zaman moden, semua dah ade facebook. budak 6 tahun pun dah ada facebook kan. no wonder lah tu. yang aku terkejut besar, budak-budak pun dah pandai bersayang-sayang segala. ya ampuunn

hingus masih meleleh tak tahu nak lap, dah pandai nak bercinta. nak bercouple. agaknya sekarang ni, hormon miang dalam badan setiap manusia dah merebak dengan jayanya kot. tu yang budak-budak pun dah meroyan nak bercinta !

tapi bukan tu yang aku nak kepochi dalam entry ni, aku nak kepoh-kepoh pasal lelaki yang tak sudah nak minta couple ni. huh ! tak paham aku dengan apa yang mereka-mereka nak sebenarnya. 

contoh :

LELAKI 1 : awak, saya cintakan awak. saya sayang awak.

# padahal baru kenal dalam seminggu. tah pape.

LELAKI 2 : saya bersungguh-sungguh nak kenal dengan awak.

# baru je approve dalam facebook, dah over kemain

LELAKI 3 : saya nak couple dengan awak. supaya awak tak lari kat orang lain

# ouhh. tujuan dia couple macam tu eh ??


hishh. dia ingat ni cinta monyet ke. monyet pun tahu cinta sejati tau. tak caye ?? 

hahh ! nampak-nampak. monyet pun tahu sayang tauuuuuuuuuu

yang aku bengang ni, ada orang laki ni. baru kenal dah nak couple. baru je nak berkenalan, dah minta jumpa. kalau aku memang tak akan lah. memang tak akan layan orang macam ni. macam budak sekolah sey. perangai tak matang langsung.

aku memang akan layan orang-orang yang mesej aku. tapi aku tak akan layan lebih lah. nak couple, nak bersayang-sayang, nak keluar jumpa, nak dating. memang aku tolak mentah-mentah lah. unless i have trust the person, baru aku keluar dan jumpa. kalau setakat baru kenal seminggu, nak ajak keluar, kirim salam penyepak je aku bagi

dalam ramai-ramai lelaki yang aku kenal selepas J****, tak ada seorang pun yang aku nampak kesungguhan macam dia. cakap dengan aku, kemain manis. gula limabelas tan pun kalah manis dia dengan ayat yang dia cakap. 

" I LOVE U "
" I MISS U "

ni ayat budak hingusan tau tak nak mengorat perempuan.

aku bukan jenis yang mudah nak percaya cakap jantan-jantan ni. kalau baru kenal semalam, hari ni minta couple, memang aku say bye-bye lah. ada yang cakap nak couple dengan aku setelah kenal dengan aku, tapi aku tak akan terima bulat-bulat on the dot. aku nak tengok sejauh mana kesungguhan seseorang tu ikhlas dengan aku. 



kalau setakat mesej, lepastu hilang sebulan dua tanpa khabar berita. opsss soryy ! aku mmang tak boleh terima. aku teringin orang yang care pasal aku, sungguh-sungguh dengan aku, dan lagi best kalau orang tu betul-betul ikhlas nak jadikan aku sebagai teman hidup dia seumur hidup dunia akhirat. 



bukan macam couple celup-celup !

sangat annoying bila orang yang cakap sayang dengan semua orang. semua ko nak usha, semua ko nak tibai kan. dan lagi menyampah bila orang perempuan yang sanggup DISKANDALKAN dengan pakwe orang. lepastu nak over panggil " b " lah segala bagai. sakit telinga dengar. ni namanya BODOH

 



2 comments:

  1. ragam manusia sekarang banyak yang berubah..remaja2 muda2 dah manyak perubahan..uish2..
    smg kita dpt melihat n menilai yg mane baik n buruknya

    ReplyDelete
  2. Amirul mukminin21 July 2013 at 22:48

    Manusia sangat mencintai seseorang...tetapi dia tkut nak luahkn...sebab die takut cinte dye ditolak...kndang2 plihan sendri x semestinya bleh mmbuat seseorang itu bahagia...cinta adalah sesuatu hadiah dn anugerah daripada ALLAH s.w.t yang begitu indah...klu cinta kite ditolak jngn lh kite menangis krane bunge bukn nye skntum dn kmbang bkn nye seekor mlh byk lg yg blh terima kte dgn ikhlas. ..

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good