Sunday 12 February 2012

aku benci lelaki

assalamualaikum. selamat malam. 

baca dulu baru komen. baru fikir. baru judge. ade paham ??


gambar ini takde kene mengena dengan tajuk aku malam ni. sesaje buat tatapan mata korang yang mungkin akan terus menutup blog aku bila nampak gambar ni, so korang tak payah lah baca entry aku kali ni, dan tak ada lah orang nak kutuk nak maki nak marah bila habis baca entry ni >.<


well. title entry aku kali ni macam anti-lelaki je kan. benci lelaki. sesiapa lelaki diluar sana, sila sentap sebab anda dan anda dibenci oleh saya. anda yang bernama lelaki akan terasa, akan rasa nak maki, akan rasa nak pijak aku kan. so ?? that's why, korang kena baca dulu before nak maki aku, nak marah aku, nak pijak aku.

haiyyaaaakkk ! ( shield is needed here before start )

1. lelaki yang penipu

oke. perempuan pun ada penipu jugak. so, dorang pun aku benci jugak. puas hati ? aku sangat benci lelaki yang penipu. SANGAAAAAT ! bold here. bila dorang berjanji, lepas tu, dengan selambe bapak gajah, dorang menipu aku. buat sesiapa yang menipu aku, remind yourself, anda sangat dibenci oleh saya. tak apa, ramai lagi perempuan lain yang suka kat kau. so, market kau still tinggi


2. lelaki yang bermulut manis macam gula 1 kg

lelaki. memang pandai mengayat. kalau boleh, kat semua orang perempuan yang kau kenal, kau nak ayat. " awak, saya sayang awak " " awak, saya rindu awak " " awak, saya cinta awak " know yeah ! kalau lelaki tu cakap hanya untuk insan insan yang berhak seperti kekasih hati dia, mak dia, isteri dia, nenek dia. aku sangat kagum sebab dorang sangat romantik dan gentleman. tapi kalau dorang cakap kat semua minah-minah yang dorang kenal, oke sory. you are hated by me 

# maaf untuk mereka yang bernama minah. nick name minah pun sory yek. harap korang maafkan kekasaran aku sebab menyebabkan korang tersedak 

3. lelaki yang playboy

hari ni dengan perempuan ni. esok dengan perempuan tu. lusa dengan perempuan nu. hah ! pilihlah. memang perempuan ni barang lelongan he untuk kau. shit. wahai lah lelaki yang ada pegangan agama, sila lah hormat maruah perempuan. dan wahailah perempuan, jagalah maruah kalian dihadapan lelaki yang bukan suami kamu, dan peliharalah diri kalian sebab diri kalian hanya berhak untuk lelaki yang telah mengangkat akad untukmu.


4. lelaki yang suka ambil kesempatan


memang orang selalu cakap, perempuan insan yang lemah. oleh itu, u guys, tolong lah jangan nak lemahkan kami lagi. dikalangan kami, ada seorang yang memiliki tulang rusukmu. so, jangan kau pernah nak mengambil kesempatan sebelum kau betul-betul berjumpa dengan si dia pembawa tulang rusukmu. aku sangat anti dengan lelaki yang tangan macam ulat ! tau ulat beluncas tak, yang selalu kat daun tu, hah, korang tak ubah like caterpillar if tangan korang sentiasa bergerak-gerak diatas kami ! paham deyh ??


5. lelaki merokok


walaupun ada dikalangan pakcik-pakcik aku merokok, aku tak mampu nak benci mereka sebab mereka pakcik aku walaupun mereka lelaki tambahan lagi mereka adalah darah daging aku so berdosa aku nak membenci mereka ( baca sekali nafas oke ) orang lelaki yang hensem bila aku tengok dia merokok, terus aku tak pandang dah walaupun dia hensem macam aaron aziz. entah lah, aku sesak nafas dengan asap rokok, so aku jadi benci dengan smoker. sory geng ! tak dan dengan smokers lah


so. guys out there, bukan semua lelaki aku benci. yeah. aku bukan suka nak benci orang ni. aku kalau boleh nak kawan dengan semua orang. kawan biar beribu, kasih biar satu kan. 



3 comments:

  1. SAya benci pmpuan.. tapi saya suka awak.. hahahhaha

    ReplyDelete
  2. urghh tak suka penghisap rokok..huuu =)

    nice blog.. jangan lupa follow blog sy ea =)

    ReplyDelete
  3. Huhhh...lelaki semua sama je...tpi kadang2 kalau difikir balik..tak semua nya lelaki mcm tu..

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good