Friday 30 December 2011

pesanku buat jodohku

selamat malam. assalamualaikum. * gosok gosok tangan sambil berfikir *

ahaa. semakin rancak nak menaip. semakin rindu pada jodohku. semakin memanjangkan doa agar aku dipertemukan jodoh yang baik dan beriman. sentiasa titipkan dalam hati, kalau nak lelaki yang baik, seorang perempuan kena baik. itu janji ALLAH. jadi ini pesanku buat jodohku.

 Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”





@ wahai jodohku. bimbinglah aku kearah syurga. pegang erat tanganku agar kita bersama melangkah ke syurga. agar aku menjadi bidadarimu disana.

@ wahai jodohku. aku dambakan suaramu melaungkan iqamah. dan kuharapkan suara dan dirimu menjadi imam untuk solat solatku.


@ wahai jodohku. lindungilah aku sebagaimana telah diamanahkan oleh bapaku kepadamu tatkala ijab dan kabul dilafazkan. disaat aku menjadi isterimu yang sah.

@ wahai jodohku. kuharap kau menjadi bapa yang terbaik buat zuriat zuriat kita bersama agar mereka menjadi seorang muslim dan muslimah yang diredhai ALLAH.

@ wahai jodohku. alunkan ditelingaku ayat ayat alquran sekiranya aku gusar hati dan sangat tidak tenteram. tenangkan aku didalam dakapanmu.


@ wahai jodohku. perelokkan tingkah dan laku ku andai ada yang tidak sedap dipandang oleh matamu. sesungguhnya, aku diciptakan untukmu dan kau lah pelengkap kelemahanku.


@ wahai jodohku. sentiasa lah berada disisi dan disampingku. kerana apa yang seorang wanita inginkan hanyalah kasih dan sayang oleh seorang suami pabila sudah menjadi miliknya.


@ wahai jodohku. aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti, kita dipertemukan. dan disatukan. biarlah segalanya dalam restu dan berkat dari kedua ibu bapa. sesungguhnya, mereka yang utama buatku buat masa ini.


@ wahai jodohku. terimalah diriku seadanya sebagaimana aku terima dirimu seadanya. sesungguhnya, aku tidak sesempurna isteri isteri para nabi, tapi aku akan berusaha untuk menjadi isteri yang solehah untukmu.


@ wahai jodohku. aku menanti dirimu kerana setiap langkahku, aku tahu, aku pembawa tulang rusukmu yang hilang. semoga kita bertemu suatu hari nanti.

sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa dan berusaha. segalanya terserah kepada ALLAH. pasti akan janji ALLAH. DIA sudah mengaturkan sesuatu yang terbaik buat kita. jangan pernah lekang dari membasahkan lidah dengan zikirullah. sesungguhnya, saat orang mencemuh, ALLAH sentiasa ada disisi. 

 




2 comments:

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good