selamat petang blogger yang kacak dan lawa. * bias gile kan
hari ni, sekali lagi, cuma buang masa je. bangun tido, makan. online. buang masa kan. sebab langsung takde aktiviti yang berfaedah langsung aku buat hari ni. buka mata je, dah pukul 12. memang laa. orang lain semua dah banyak benda buat, aku baru terkulat kulat nak fikir apa mende yang aku nak buat. nasib baik, assigment aku dah siap. so, takdelah rasa pressure sangat bila teringat assignment yang bertimbun
aku nak sambung cerita pasal aku pergi kuantan weekend lepas. aku jumpa kengkawan aku yang gile gile semedang. memang stok otak sengal senget macam aku jugak. kalau korang nak baca, KLIK ni oke.
malam hari sabtu tu, suhar, arina dengan lili bawa aku g makan. weheww. dorang bawa aku g SATAY ZONE. dekat bandar kuantan. memula pergi tu, memang penuh gile lah kedai tu. padat gile orang. luckily, kitorang alert. suhar nampak ada meja kosong kat area atas. so, kami pun cepat cepat g cop tempat. kalau tak, kempunan je tengok orang makan kat situ * dah meleleh je air liur time tu
aku tanak banyak cakap la. aku nak tunjuk gambar je * dengki untuk orang yang belum makan time ni muahahaha
dah nama pun g makan kat restoran satay kan, for sure satay should be ordered. ni satay ayam. peh raasaa dia sedap gilaa. ayam dia lembut je makan. orang takde gg pun ley makan ni.
yang ni satay daging pulak. kitorang order dua jenis satay je. membe aku yang orderkan. sebab aku tak tahu menahu menu apa yang ada kat sini, aku ikut je. aku kan mana pernah tolak rezeki. orang nak belanja kaaan. yang ni pun sedap. dah la besar satay ni. makan dua pun dah kenyang. tapi aku mana boleh makan dua je, makan sebanyak yang boleh. haha berbaloi baloi dengan harga satay ni
yang ni nasi lemak lili punya. dia order yang biasa je. nasi lemak ni sedaap. aku dah rasa. dah alang alang lili order, tak salah kalau jadi penyibuk nak rasa kan. tapi aku takley makan banyak banyak. nanti aku makin gemuk. muahahaha
ni nasi lemak ayam. suhar dengan arina order nasi lemak ni. dorang kata, dorang order nasi lemak ni sebab nanti makan satay je tak kenyang. last last. nasi lemak sampai lambat gile. kitorang dah kenyang makan nasi impit dengan air. tapi dorang pelahap jugak sebab rugi weh kalau tak habis. duit weh duit !
nyaaam sedapnya nyaaamm sedapnyaaa. kuah kacang dengan satay dia memang superb. satay yang paling sedap selepas satay pakcik aku buat. memang berbaloi baloi lah makan kat sini. takde lah mahal sangat. 4 orang makan tak sampai pun lima puluh ringgit. affordable lah kan. dapat makan satay, dapat makan macam macam lagi. peh sendat perut aku malam tu.
TERIMA KASIH SAYANG UNTUK ARINA SUHAR DAN LILI !!
thanx sayang sayang aku semua. sebab bawa aku makan. haha. sayang arina. sayang suhar. weweweww !
3 face expression. suhar dengan arina muka despair gile. sebab makanan dorang lambat sampai. masing masing dah kenyang bedal satay dengan nasi impit. nasi lemak dorang baru sampai. oppose dengan aku. makanan aku awal awal dah sampai. tu muka aku beria sangat nak gigit satay tu. teruja sebab sedap sangat
ni lili. the comelest antara kami bertiga. dia yang kecil molek. tak macam aku. yang besar gedabak. dia lah yang suruh aku buat expression muka yang tah hape hape ni. aku ikotkan je. sayang kau sangat weh
then lepas makan, kitorang terus lepak kat teluk cempedak sampai malam. aku kat KL ni mana nak jumpa laut kan. pantai pun tak nampak. tu yang aku jim-alip-kap-wau-nun kalau nampak pantai
ni lah jadinye bile kanak kanak yang baru nak dewasa.
terasa yang diri aku ni masih boleh dipanggil kanak kanak
best pulak bila sekali sekala dapat maiin menatang ni. tempat lain tapat lah aku nak g bedal menatang ni. nasib baik dorang pun oke je layan menatang ni jugaaak
dorang the best la. kawan sampai mati * tetap dalam hati till the end
esok paginya, aku pergi cherating pulak. next entry aku nak upload gambar aku kat cherating. waittt ^^
Drop by to this blog...
ReplyDeleteTerliur tengok makanan..
seronoknya tengok awak lelepak ngn member...
drop a comment..
Cepat-cepat blah...
JELES GILARH!! XD
SATAY ZUL LA GILA..KENYANG TAHAP SIDAI PERUT PUN SALAH NAMA LAGI HAHA
ReplyDeletewowow. ! oke. aku salah .haha
ReplyDelete