Saturday, 30 July 2011

air mata OVER

semenjak dapat novel andai itu takdirnya. hari rabu aritu dari BFF aq. terus aq lanyak novel tu pagi petang siang malam. oke. aq taw. novel tu da lama. tapi baru aq nak baca now. kan aq ni ketinggalan zaman. takpe. redha. 



pagi petang siang malam. aq dox lanyak novel tu. sampai mandi tak kenyang. makan tak lena. tidur tak basah. ambil mase tiga ary untuk abeskan satu novel. orang kate cite tu sedih gilaaaaa tahap boleh masuk hospital orang sakit mental.


*************************



bace dalam bilik. beberapa helai selesai dibaca. air mata pertama gugur once bace novel ni. aiseyyy. ape ade hal. tak de orang dalam bilik. suka hati aq lah nak nanges ke ape.

" wo. kakak nangis. " 

" ishh. menyemak betol "

adek aq yang tataw malu sebok masuk bilik aq tanpa ketuk pintu. ni yang buat aq nak masukkan novel dalam mulut dy. bsing betul. diam diam suda lah. 



**********************


dox terbaring atas sofa. sambil tangan seperti pegang stereng kereta. cume kali ni aq pegang novel. dox bace bace. wuhuwww. air mate kedua gugur. siyes bapak mentua sedih cite ni. dua kali aq menitiskan air mata sebab khusyuk tahap tak dengar bom bila bace novel.


" eh kak, kau da kenape ? "

" ha. mata masuk habuk. "

" eww. jiwang tol bace novel. "


oke fine. nanges sebab novel. tetiba mama aq yang tengah bawa sambal dalam periuk g dapur sebab da habes berniaga. ish. mengacau ketenteraman tol. baru nak feeling. tetibe dapat jiwang setepek. hameek ! cop jiwang terlekat kat dahi.



**************************



duduk atas papan tepi rumah. kaki bersilang. macam orang tengah buat revision. padahal tengah khusyuk ulang kaji novel. tak habis lagi. bace bace. air mata gugur lagi. kesat pakai baju yang warna merah ada lambang kiko kat tengah baju. baju waktu aq darjah enam. still muat oke. so, ko ape ade hal ? 


" apesal tu tetiba nak nangis ? "

" eh, mana ade. lap peluh. "

" bace novel pun nak nangis. "


ayah aq yang tengah pegang penyapu duduk depan aq. tah dari mane tetiba dox terpacak depan aq. ishhh. kacau daun kering tol la. baru nak aman damai baca novel. ada je yang kacau aq nga syok baca. ayah blah g belakang uma sapu sampah.


***********************


oh novel. apesal kau sedih sangat sampai buat aq nangis ek. dah. lepas ni aq nak baca novel dalam jamban. takde nampak kalau aq nanges.


5 comments:

  1. dah penah bace novel tu dulu..
    siyes sedih kan..

    ReplyDelete
  2. salam...

    bagus...budaya membaca novel patut diamalkan di setiap penduduk negera kita..

    syabas..

    ReplyDelete
  3. huhu .
    saya pernah nangis sampai tersedusedan . punya la peling kan , haha

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good