Friday 23 November 2018

Izza ke Bandung - Part 2

Assalamualaikum

Memandangkan aku tengah free sekarang ni dan mati kutu tak tau nak buat apa, so better aku continue share cerita masa aku pergi Bandung bulan March haritu. Sekarang dah bulan November, bapak lama aku ambil masa nak share cerita gi Bandung ni :P

So you guys, please enjoy read Part 1 before uolss baca Part 2 ni hikhik 

19 March 2018

Hari kedua adalah hari yang paling banyak sangat aktiviti sebab kitorang letak banyak tempat nak pergi pada hari kedua.

Ni tempat yang aku membe aku list down and aku summarize. 


Once aku buat summarization ni, I put the entrance fee as well so that we all boleh bajet berapa duit nak asing untuk masuk tempat-tempat macam ni. Yela, duit Indon kan berjuta-juta lemon, so wajib asingkan siap-siap untuk mengelakkan kecelaruan minda masa nak kira duit nanti.

Masa hari kedua ni, kitorang keluar memang awal. Ingat nak gerak 6.30 pagi tapi supir kata dorang start keje pukul 8 pagi. And after negotiation, supir dapat ambil kitorang pukul 7.30 pagi. 

1. DAGO DREAM PARK

Tempat pertama kitorang pergi adalah Dago Dream Park. Sampai je sana dalam pukul 8.15 pagi, unfortunately the park was not open yet. LOL beria gilaa kitorang datang awal sebab taknak ramai orang and nak kejar masa. So supir kata better kitorang gi sarapan dulu. Supir pon bawa kitorang gi sarapan, kat mana tempat tu pon aku dah lupa. 

Siap je breakfast dalam pukul 9.00 camtu, terus gerak ke Dago Dream Park which is tak jauh sangat dari tempat sarapan. And kitorang allocate masa dalam 1 jam kat sini. But weols habiskan masa dalam 1 jam lebih dalam Dago Dream Park ni. 

Sampai je kitorang terus beli tiket. Then kitorang teruskan perjalanan cari spot-spot menarik untuk bergambo. Perkara wajib oke kalau girls pegi travel. Haha. Luckily one of my travel mate is photographer and gambar kitorang semua cantik-cantik belaka even guna hp jerrr. :D

Enjoy the moment guys 

Dalam Dago Dream Park, ko boleh pilih ko nak ambil gambar kat mana. Dia ada banyak pilihan. Tapi ko kena bayar lagi untuk ambil gambar. Tapi takpe, bayaran dia takde lah mahal sangat pon, satu spot ambil gambar ko kena bayar dalam RM6.00 tak silap aku and this price already include with 5 keping gambar yang pekerja kat situ ambil guna kamera DSLR dorang and ko boleh transfer masuk dalam hp.

Terbanglah kemana kau mahuuuu

Duduk gaya orang kaya kaaannnnnnn

Happy seperti dikayangan

Hai tikar terbang bawalah kami ke pasir berdengungg

Ibu burung sudah kemariiii

Makan diawangannnn

Rumah kecik ni buat aku gayat weii
Hoyeaahhhhhhhhhh

Semua spot ni kau boleh ambil gambar. Kau nak ambil gambar kat semua tempat pon boleh, bayar je fee dia. Jangan risau takde orang ambil gmbar kau, ada pekerja dia yang akan ambil gambar kau.


2. THE LODGE MARIBAYA 
 
Tempat kedua kitorang pergi was The Lodge Maribaya. Tempat ni agak berbukit-bukit sikit. Kau kena jalan turun ke bawah, then nak keluar kau kene naik balik. Memang mencabar stamina aku wei, dah lah lama tak bersenam. Adoyai, naik 10 anak tangga kaki aku dah nak cramp. 

The Lodge Maribaya ni tempat dia lebih kurang macam Dago jugak. Tapi yang tak bestnya, kau nak bergambar dekat each spot, kau kena bayar, then kau nak transfer gambar kau masuk dalam hp kau kena bayar lagi sekeping 10000rp tak silap aku. Jadi, kat sini aku dan kawan-kawan dah tak trigger sangat nak ambil gambar sebab dah ambil gambar banyak masa kat Dago. Kat sini kitorang spend masa dalam 1 jam je sebab nak kejar masa pergi tempat lain pulak. Tapi sempat jugak ambil gambar kat beberapa tempat yang agak menarik.

Hot balloon belakang tu kau boleh masuk dan ambil gambar.

Love youuuu


Ni ape ke benda ntah nama dia.
Ni antara gambar yang kitorang sempat ambil kat The Lodge Maribaya. Then kitorang terus gerak gi The Ranch, tapi hari Isnin adalah hari yang dia tutup. So tak dapatlah nak tengok kuda.

3. Floating Market

Then kitorang singgah kat Floating Market. Kat sini kitorang sampai dah tengah hari macam tu. Panas gila wei. Ada orang jual-jual makanan kat bot, ala macam kat Thailand tu, tapi kitorang tak try pon. Sebab fikirkan hygience. Poyo kann. So we all dalam ni just jalan-jalan kejap then ambil gambar sikit then terus gerak gi tempat lain. Dalam ni ada kambing biri-biri wei, ko nak gambar dengan dia pon boleh.







Ni antara gambar yang kitorang sempat ambil masa dalam floating market. 

4. Taman Bunga Begonia

Tempat seterusnya adalah Taman Bunga Begonia. Kat sini pon kitorang spend masa 1 jam jugak. Nasib baik antara tempat-tempat dia ni tak jauh sangat. Just took around 20 minutes to reach to next destination.  

Morning Glory kan ni?

 Aku tak tau kenapa aku pose macam tu :D


Masa ni dah pukul 3 lebih nak pukul 4 dah. Cepat-cepat masuk kereta then terus gerak pergi ke next destination. Nak kejar masa sebab takot tutup. Kat sini banyak tutup pukul 5 oke. Kang sia-sia je datang tapi tak dapat pergi tempat-tempat best

5. FARM HOUSE

Sampai Farm House dalam lebih kurang pukul 4 lebih. Kitorang terus cuci mata dalam tu ambil gambar kat mane-mane yang best.

Korang boleh jalan-jalan dalam ni dan ambil gambar

Banyakkan kunci kat tepi-tepi tu
Dapat ambil gambar pon boleh lah tak dapat pakai kostum pon takpeee

Kitorang solat jamak asar dan zohor kat sini. Jangan terkejut bila kau solat kat sini, orang lelaki depan kau je tanpa sebarang cover. Nak ambil wudhuk pon kene cover-cover. Lepas solat, kitorang ingat dah nak balik, tapi sebelah farm house ni ada lagi satu tempat menarik which is HOBBITTON.

6. HOBBITON

Please masuk Hobbiton ni sebab dalam dia cantik and kau rasa nak ambil gambar kat semua tempat. Bayaran dia pon tak mahal mana. Dalam 15000rp je kalau tak silap aku.










Haa banyakkan gambar dalam ni. Semua tempat cantik sangat. So please korang kalau pergi sini jangan lepaskan peluang masuk Hobbiton ni and take the photo as many as you can okayyy :D

So overall, untuk hari kedua adalah hari yang agak memenatkan sebenarnya sebab kitorang pergi banyak tempat. But, it so enjoyable moments okayy. Kau penat tapi berbaloi sebab kau dapat explore tempat yang best-best. Kitorang sampai apartment dalam pukul 8. Sebab kitorang gerak dari Hobbiton tu dah nak pukul 7. Kat Bandung, tak banyak tempat yang buka malam-malam. So memang kitorang terus balik apartment, mandi solat dan kira duit tinggal berapa Hahahaha

Done hari kedua, nanti aku update pulak hari yang ketigaaa.

 



 

No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good