Monday, 25 November 2019

Itinerary Krabi - 4 hari 3 malam

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak post apa-apa kat blog ni, tetiba malam ni datang mood nak menulis pulak. Just wanna share some moments in my life. Teheee ;) 

So on last January 2019, I had a holiday with my husband. The holiday that I planned within 2 weeks only. From buying the tickets, hotel, activities makan and so on, I planned by myself alone. Plus aku memang jenis orang yang organizable, so I want everything go smoothly. 

Total burn untuk holiday kali ni was around RM1500++ from ticket flight, hotel, activities and souvenir.

  • Flight ticket- RM204 + RM17.80 untuk 2 pax + pilih seat (KL-Krabi-KL)
  • Bus ticket - RM200 (JB - KL - JB)
  • Hotel - RM359 (4 days/3 nights)
  • Shuttle airport - RM50 untuk 2 pax (Aonang - Airport - Aonang)
  • Rental bike - RM50 for 2 days 
  • Simkad - RM30
Total - RM880.80.


1st day

Hari pertama tak buat pape pon. Just jalan-jalan kat Aonang, makan, survey harga island hoping. Yela, expect apa kan nak buat hari pertama. 

  • Makan - RM35.10
  • Beli barang - RM57.70 (Ni aku beli selipar beli jajan sikit beli toiletries sikit)
  • Beli souvenir -  RM35.00 (Ni beli baju dengan beg)
  • Minyak motor - RM5.90
Total -  RM133.70

Ni 1st day makan once check in hotel, then keluar cari makan. Lapo wei, aku try nasi goreng tomyam, peh memang superb rasa dia wei.

Signature krabi, pancake. Ni aku try pancake banana nutella. Pehhh asyikkkkkk sedapp

Aku tak tipu wei, air kotak kat Thailand ni memang sedap-sedap. Ovaltine dia ni sumpah sedapppppp gilakk ! Sampai aku beli banyak kali



2nd day

Yeayyy, hari kedua pergi island hoping. Best wei, dapat mandi laut, dapat tengok view yang cantik dekat maya bay and so on. Aku tak ingat pulau apa yang aku pergi untuk island hoping tu sebab dah lama kan aku pergi. Tapi masa tu tak dapat nak turun kat Maya Bay sebab masa tu baru kene tsunami dekat area sana, so dapat tengok dari jauh je la Maya bay tu.

  • Island Hoping - RM280 for 2 pax include lunch
  • Makan - RM41
  • Gambar - RM20
  • Massage - RM55 for 2 pax

Malam hari kedua ni aku pergi urut, laki aku urut satu badan aku urut kaki je. Dah penat kan satu hari keliling pulau

Total - RM396

Antara satu pulau yang aku pergi masa buat island hopping.

We were given 1 hour to spend time here. Kau nak mandi ke nak berenang ke nak tidur ke ikot suka laaa

Fruit shake yang menyamankaaannn haa gittewwww

Kau boleh pilih mana yang kau nak macam-macam hadoooo

Yang ni pon sedap air dia, air coklat dia memang tak pernah mengecewakan weiii. Ni pon aku beli banyak kali

Jernih gila kan air laut dia.
Ni pakej yang kau boleh pilih.

Mari mari massageee. Time ni kaki dah lenguh setelah seharian jalan kan. So manjakan diri sekejap. Ada banyak je spa kat sini, korang kene pandai-pandai lah pilih

3rd day

Hari ketiga nothing to do, just lepak kat hotel and pergi bandar Krabi naik motor wei. Dah la masa tu panas, laki aku saje je ajak pergi bandar Krabi tu naik motor, sis redhoo je. Then petang tu kitorang jalan-jalan kat Pantai Aonang naik motor.

  • Makan - RM15.60 + RM20.50
  • Souvenir - RM40 (Baju 4 helai)
  • Beli barang kat 7e - RM10.90
  • Minyak motor - RM5

Total - RM92

Ni la motor yang kitorang sewa tu, scooter je. Okey lah kann untuk jenjalan kat krabi tu.



NI signature kat Krabi.


4th day

Hari keempat dah nak balik dah. Hari keempat ni memang duduk dalam bilik je, tunggu waktu nak balik, makan pon dah taknak sebab laki aku tetiba kena food poisoning dengan aku-aku sekali kena, tapi aku tak teruk sangat macam laki. Aku syak sebab aku breakfast kat satu kedai ni. Hari pertama sampai hari kedua kitorang makan je kat stall tepi jalan (survey jugak la mana yang okay) and Alhamdulilah, memang nothing happened.

Dan kitorang sampai jb around 11 malam, sebab flight petang around 2 pm and sampai KLIA around 5pm, then terus ambil bas balik JB. Memasing dah tak sabar nak balik rumah nak rehat sebab sakit perut.

So total semua sekali RM1502.50. Aku memang tak pilih hotel yang mahal-mahal sebab plan nak jenjalan kat krabi. Beli hotel mahal tapi tak stay kat hotel kan rugi, jadi beli hotel budget je. Aku stay kat Orange Hotel. Okey la, siap ada swimming pool. 

#All the price was converted from Bath Thailand to Ringgit Malaysia. (Random conversion: RM10 - 100 bath)

Ni hotel budget yang aku stay. Ade swimming pool. Dekat dengan supermarket and 7e. Dekat dengan tempat pancake. Semua dekat kau jalan kaki je. Tapi jauh sikit dari pantai, around 2km.



Aku saje la simpan resit ni untuk tengok balik dalam bilik hotel, sekali tulisan thailand daaaa

Ni bilik hotel kitoranggg

Gambar yang harganya RM20, boleh buat kenangan

Not bad kannn :)

Apesal laki aku pulak pegang tangan aku ek ? :P



 





No comments:

Post a comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good