Friday, 13 October 2017

RESEPI: SPAGETI CARBONARA

Assalamualaikum

HAI ! Lama betul tak update blog kan? So now, I just wanna share recipe for uolss. Iolss ni tekak jawa tapi teringin sangat nak jadi omputihhhh dan sentiasa terasa nak makan pasta. Selalunya, pasta ni aku makan kat luar, tapi unfortunately, most of the pasta tak kena dengan tekak aku yang suka gilaaa makan pedas ni, almaklumlah, aku ni pure javanese so wajiblah kalau makan tu kena pedas! 

Tak tau pehal sekarang ni tekak mengenyam nak makan spageti carbonara je. Maybe memang aku ni jenis suka makan yang something creamy but of course that meal mesti tak muak dan wajiblah pedas ! Mane nak dapat carbonara yang creamy--tak muak--pedas gaban?

So here, I present to all of you recipe carbonara--creamy--pedas gila ! Handmade carbonara !!

Aku tak beli sos carbonara instant kat luar tu sebab aku pernah try tapi macam tak kena tekak jugak. Sobbbb T_T



Bahan-bahan:
Pasta -- ikut suka hang nak pakai pasta apa
1 1/2 sudu besar butter
5 ulas bawang putih (cincang)
1 1/2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
1 cawan susu (preferable dutch lady)
1 sudu besar black pepper
1 sudu besar chili flakes (nak pedas lagi masukkan lebih)
1 cube pati ayam
Garam secukup rasa
Oregano & parsley sesuka hati

Cara-cara:
1. Cairkan butter
2. Masukkan bawang putih
3. Masukkan tepung gandum bila bawang putih dah kekuningan, kacau sebati tepung sampai masak
4. Masukkan air (kacau lagi sampai sebati) -- pastikan tepung tak bergentel
5. Masukkan black pepper then kacau.
6. Masukkan oregano & parsley
7. Masukkan susu
8. Masukkan chili flakes, garam, kiub ayam

Then siapppp !! 

Aku guna fettuciniii :))

Oke uolss ! Selamat mencuba kayy ^_^


No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good