Thursday 26 February 2015

Pengalaman Interview Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG/DC 41

Assalamualaikum

Bila sekarang ni tengah musim tanam anggur yang tidak berbuah, adalah sangat berbesar hati untuk aku berkongsi pengalaman interview as Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG/DC 41 bulan lepas. Okeh, masa dapat panggilan iv ni, aku macam tak ingat ada ke aku apply sebab masa tu apply memang tak berharap sangat nak dapat. Isi dengan kawan-kawan masa tu sebab dah sem akhir master. So, in planning habis je master nak keje, tapi aku dah sebulan lebih jugak dok menganggur ni. Sobs

Back to the main story, aku dapat panggilan untuk iv seminggu sebelum tarikh iv tu. 

Seminggu sebelum tarikh ni baru dapat panggilan.

Aku dengan 2 orang kawan aku gigih la nak pegi iv ni. Kitorang dari shah alam. So dengan tabah book tiket flight pegi penang ( malas naik bus sebab jauh ). Dari sini dalam masa tak sampai 5 hari, settle everything, all the borangsss, isi semua. Lepastu settle tempat tinggal, fyi, accomodation dia tak provide, tapi dia ada penginapan kat ILKM tu dengan bayaran RM 120/day. Disebabkan orang cakap ILKM ni pedalaman, so kitorang taknak duduk kat ILKM tu sebab susah nak cari makan.

Jadi, aku pergi survey hotel budget mana yang murah kat area ILKM tu, and at  last, dapat jugak cari hotel budget - New Town Hotel kat Sungai Bakap, 3 km dari ILKM tu. Tak jauh sangat la and rate pon affordable jugak around RM200 for 3 days 2 nights. Kitorang sewa kereta, since touch down kat penang tu dalam pulau, tapi ILKM ni kat tanah besar. Bila congak tambah darab bahagi semua, better sewa kereta dari naik teksi, plus senang nak gerak sana sini. So sewa kereta 4 hari. Sabtu - Selasa just RM 270 (Viva). Oke lah kot ?

Interview ni terbahagi kepada 4 stages :
1) Fitness test (lari ulang alik) - sebelum ni orang cakap kene buat essay. 
2) Psychometric test (online test) - soalan berkaitan pasal guru semuanya
3) Interview session - paling tak suka
4) Mock teaching

Jom aku share semua stages ni. 

1) Fitness test

Ko kene lari ulang alik 20 meter sampai ko penat dan tak larat. Ujian ni sebenarnya nak tengok kekentalan jantung ko macam mana. Sesuai tak dengan BMI, if kau punya berat dan tinggi dah cantik, tapi ko tak cukup cergas, haa yang tu kau kene training supaya kau boleh tingkatkan daya kekentalan jantung ko. Aku cuma dapat buat sampai level 3.1 je. Tu pon dah tak larat dah. Penat. Ko buat ikot kemampuan ye sebab lepastu ko kene buat 3 lagi stages interview

2) Psychometric test

Ni ko kene jawab depan komputer. Ada 75 soalan, dan ko kene jawab dalam masa kurang 50 minit rasanya. Aku tak ingat dah. Soalan semua berkaitan pasal guru, macam mana ko nak uruskan kelas, anak murid. Habis jawab soalan semua, ko submit je terus dapat result. Haaa cuak gila masa tu dapat markah pon macam hapeee

3) Interview session

Aku paling cuak part ni. Masa tu aku kene iv dengan 3 orang interviewer. Masuk sekali 5 orang, time tu aku kene masuk dengan 4 orang lelaki dan aku sorang je perempuan. Unfortunately, aku demam sakit tekak selesema semua ada complete set. Menduga betol masa iv tu. Dan terus terang aku cakap, aku adalah interviewee yang sangat tak menyerlah. 4 orang lelaki tu semua mostly dah kerja dan banyak sangat pengalaman kerja. Memang bedebas bedebusla dorang cakap. Aku memang banyak diam je. Nampak sangat chances nak dapat tu semakin pudar T_T

Antara soalan interview:
- Macam mana kau nak kerja dalam keadaan pressure ?
- How you react with criticism ? ( soalan ni aku tak jawab pon )
- How you deal with bully in the school ?
- Macam mana nak memasarkan produk mara ?
- Berikan nama salah seorang ketua mara. 

4) Mock teaching 

Masa mock teaching ni, ko kene ajar dalam masa 10 minit. Please be prepared. Aku sediakan Rancangan Pembelajaran Harian dan nota kepada panel so they all boleh refer apa yang aku ajar tu. Aku ni takde pengalaman mengajar formal. Sekadar ajar gitu-gitu tu ade la. Aku ni dengan selambe masuk bilik mock teaching tu dengan beg belakang reben-reben. Aku tengok candidates lain semua dah pakai cantik-cantik, nampaklah macam cikgu dengan handbag, nametag semua bagai. Masa mengajar tu, kene lah tau control suara, eye contacts and make sure ko kene attract your panel to see your teaching

Selamber pakai beg reben-reben. Ni ke bakal cikgu ? Kah !

Dalam pukul 12.30 tengah hari tu aku dah settle semua 4 stages interview. Dan habis je iv tu, terus aku pergi berjimba ke sana ke mari. InsyaAllah kalau ada rezeki dapatlah. Kalau tak dapat tu, Allah dah aturkan rezeki aku kat tempat laen. Dont give up okeh :)

I'm done interview :')

1 comment:

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good