dalam meniti usia 23 tahun ini
aku mula tersedar
aku sudah mula menginjak ke alam dewasa
tinggal lagi satu sem je aku nak habiskan alam kuliah
mungkin selepas itu menuju ke arah pekerjaan
atau aku teruskan lagi untuk menggenggam master pulak
insyaAllah
dalam pada masa yang sama
aku fikirkan masa depan yang aku rasakan semua orang fikirkan
masa depan di mana syurgaku akan berubah
syurga dari seorang ibu kepada syurga dari seorang suami
suami ( apa janggal sangat nak taip ni )
well
kalau aku tengok kawan-kawan aku yang sebaya aku
ramai yang dah kahwin
dah ada suami
dan ada jugak yang dah ada anak
tahniah kawan-kawan
semoga korang sentiasa bahagia
rezeki korang awal dari rezeki aku
Ya Allah. Kau pengatur Maha Hebat
Kau Maha Agung
Kau Maha Mengetahui
Dengan ini aku pohon Ya Allah
bila sudah sampai masa dan waktu
Kau kurniakan aku seorang imam Ya Allah
seorang imam yang mampu membawa aku kesyurgaMu
seorang imam yang mampu membimbing aku untuk sujud kepadaMu
seorang imam yang menyayangi aku sehingga hujung nyawanya Ya Allah
Jika sudah sampai masanya nanti Ya Allah
Kau kuatkan hati ini
Kau tabahkan hati ini
Kau cekalkan jiwa ini
agar aku bisa harungi setiap ujian-ujianMu Ya Allah
waktu ini Ya Allah
jiwa aku masih rapuh ( fragile sangat )
aku tak mampu lagi untuk melupakan
aku tak bisa lagi untuk melenyapkan
aku tak daya lagi untuk meleraikan
segala rasa dan perasaan yang pernah aku alami satu ketika dahulu
hampir 3 tahun sebenarnya
aku masih tak mampu untuk menghilangkan kenangan yang masih menghantui
walaupun hadir insan yang sudi menghulur tangan dan rasa
aku tak berdaya untuk menerima
kerna aku tak mahu melukakan
tapi pernah terjentik tangkai hati yang lemah ini
dia yang bisa memiliki hati ini
meskipun dia hadir sekejap cuma
kerna turutkan hati dan perasaan
aku terpaksa melepaskan rasa yang bahagia itu
pernah merasa untuk merindui dan dirindui
tapi aku tahankan hati untuk menjadi seorang yang tabah
tidak bergantung pada orang
tidak mengharap pada orang
aku mahu aku belajar erti menghargai
menghargai orang yang menyayangi aku
sebab aku tak mahu ulang kesilapan yang sama
jadi dan oleh itu
aku panjatkan doa buatMu Ya Allah
istikharah cinta memanggilku, memohon petunjukMu
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
No comments:
Post a Comment
memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^