Monday, 13 August 2012

rindu suasana raya zaman kanak-kanak

assalamualaikum

diam tak diam, bising tak bising, tinggal beberapa hari je lagi ramadan nak melabuhkan tirai. entah banyak mana entah amalan aku ni dalam bulan ramadhan. Ya ALLAH. aku masih hamba yang lemah, yang masih memerlukan bimbingan, yang sedang mendambakan seorang imam dunia dan akhiirat ( ehh, apehal pulak tibe-tibe ? )

kalau dulu, masa kanak-kanak, lima hari lagi nak raya, baju raya semua dah siap. kasut raya dah siap susun depan bilik. dah jeling-jeling setiap saat. sebelum tidur, mesti pakai kejap, berangan depan cermin. tak menyaboorr nak pakai masa raya, rasmikan dulu dalam bilik. depan cermin atas katil pun bedal je laahh bedah

kalau dulu, teruja gila bila ayah belikan bunga api. masa tu bunga api masih available, so ayah aku pun belikan untuk anak-anak dia. dan aku adalah salah seorang anak ayah yang paling gumbira sampai terlompat bintang bila nak main bunga api. bunga api bintang, bunga api entah ape benda lagi entah. sekarang ni, nak pegang bunga api pun macam malu-malu je, bila sedar umur dah boleh jadi mak orang.

AKAN TETAPI

bila dah berkumpul reramai nanti dengan sanak saudara kat kampung, bergaul tak kira usia dan waktu, yang mak orang pun boleh jadi anak orang. yang bapak orang dah boleh jadi remaja dengan secara tak sengaja. dan aku tanpa segan silu boleh main bunga api dengan riuh dan rendah. macam tak ingat dunia. kadang tu, boleh join main mercun roket lah, mercun bola lah, mercun padi lah. paling awesome saat kenakan orang yang lalu kat jalan

bila main tengah-tengah malam, orang mana nampak muka. gelap gulita je. jadi, perasaan ingin mendajalkan rakan-rakan sebaya tu macam meluap-luap pulak. paling best kalau ada yang melatah. lagilah seronok nak mengenakan ye dak ?? seronok sebenarnya bila ingat balik kenangan masa kanak-kanak beraya

paling best, kalau raya rumah orang. lagi best kalau ikut makcik aku pergi marhaban kat kampung. for sure, poket aku akan berat dan GEMOKKK sebab penuh dengan duit raya. kalau satu rumah RM 1, sepuluh rumah dah RM 10. kalau seratus rumah, dah RM 100. aku kaya ! aku kaya ! tu dulu lah. masa hingus masih meleleh lap guna hujung baju, masa pakai tudung pun tak kesah senget benget macam paku pakis ( tak pasal-pasal paku pakis disalahkan )

kalau sekarang, nak dapat duit raya pun macam malu walaupun dalam hati berkata " hulurlah duit raya, hulurlah " wakakaka

kalau lah muka ni masih mampu dapat duit raya kan bagusss ??? :O
 

1 comment:

  1. http://peaceder.blogspot.com/2012/08/peaceder-volkswagen-aqua-hovercraft.html.. FOLLOW ME BACK

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good