Monday, 30 July 2012

berbuka di bazar ramadan

assalamualaikum. salam ramadhan.

rasa macam sekejap sangat puasa ni kan. sedar tak sedar hari ni dah sempurna puasa ke-10 aku. masih full lagi kot. tak ponteng lagi. alhamdulilah. bersyukur kehadrat ILAHI sebab masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk berpuasa dibulan yang mulia ni.

nak tahu tak, start puasa ke-3, aku mula berbuka di bazar ramadan. memandangkan mama aku buka gerai kat bazar ramadan kat kawasan senai ni ( ehh kat mana senai tu ?? boleh google map ye kawan kawan =D ) , aku pun kena lah sekali tolong berniaga dengan mama aku kat bazar ramadan. 

mama aku ni rajin sikit bab-bab berniaga. aku kurang minat. punyalah liat nak bangun pagi sebab nak kena tolong mama aku kat dapur. at last, mama aku geram, mama aku kejut jugak. and my job everyday is buat karipap sardin and karipap kentang. hari-hari haruslah ada 90 karipap oke. fuhhh sakit pinggang kaau * sambil pegang dahi

mula-mula memang malu nak berjual ni sebab nak kena expose kat orang ramai kan, kena friendly, kena talkative sikit. walaupun aku memang terkenal dengan seorang yang talkative, tapi bila dengan orang yang aku tak kenal, aku boleh jadi seorang yang paling pendiaam tau ! jangan tak percaya.  tapi bila dah seminggu kat bazar ramadan ni, aku dah tak malu sangat. bedal je lah beb " kuih kak, nasi lemak nasi ambeng " sampai kering tekak cakap benda sama ulang-ulang

tu diaaaa ! mai datang kakak abang pakcik makcik sayang laling :D

tepat jam 7 petang, aku dah mula get ready nak beli air. kadang kalau macam rasa buang tabiat tu, 6.30 aku dah merengek kat mama aku minta beli air. wahahaha. pukul 7.15 aku dah buka air. tinggal nak sedut je straw


best jugak bila berbuka kat bazar ni. pengalaman. kalau dulu, tak pernah terfikir pun akan berbuka di bazar ramadan. buka kat tepi jalan. suasana buka kat tepi jalan sangat berlainan dengan berbuka kat rumah. kat rumah is the best. tapi buka kat bazar pun best jugak


jiran-jiran gerai pun semua baik-baik hati, generous gila. kalau makanan ada yang tak habis, kitorang akan tukar-tukar makanan sesama sendiri. so dapatlah merasa makanan yang pelbagai. dapat makan ayam percik, roti john, rojak, nasi minyak, kebab dan macam-macam


TAPIIIII ! aku ni bila dah penat, nafsu makan akan merundum dengan jaya dan saksamanya. makanya, aku akan kurang makan, dan akan minum dengan rakus dan banyak sekali sampai perut aku dah boleh buat rebana kalau ketuk 




 

2 comments:

  1. seronok ye berjual di bazar... ni mesti dah pro buat karipap...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-zoo-taiping-night.html

    ReplyDelete
  2. A blog like yours should be earning much money from adsense.

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good