Monday 20 February 2012

pendapat dan nasihat | sekolah harian biasa atau SBP

assalamualaikum. selamat malam kacaksss !

gambar hanya untuk hiasan entry ^_^

 aku buat title ni sebab aku nak luahkan pendapat aku pasal sekolah harian biasa ni. aku nak ubah perception orang pasal budak-budak yang belajar kat sekolah harian biasa. well. aku akui I'm from sekolah menengah biasa je. bukan dari boarding school yang hebat-hebat, yang famous, yang anggun lagi bergaya. walaupun aku pernah masuk sekolah berasrama penuh untuk dua minggu, aku tetap dari sekolah harian biasa


PENDAPAT

adik-adik yang comel.

jangan sedih ye kalau anda berada di sekolah harian biasa. belajar mana-mana pun boleh. belajar kat tepi parit sambil berangan pun oke asalkan kita tahu apa kita belajar ( oke ini hanya santai - santai ) aku memang bukan jenis suka buat benda yang sama setiap hari. as we know, kalau duduk asrama confirm kena buat benda sama setiap hari, kena ikut rules segala, is it ? pergi class prep, riadah, makan, semua kena timing. kena rush. aku memang tak boleh follow semua ni. lain orang lain cara kan

belajar kat sekolah harian biasa ni tak ada lah seteruk yang orang sangka. orang tak pandai je belajar kat sekolah harian biasa ni. mana ada ! please change your perception oke ! belajar kat sekolah asrama penuh, kalau tak boleh bawa, macam tu jugak. maybe ni for certain person, dan aku tahu, adik-adik yang baca entry aku ni semua pandai-pandai belaka. 

cuma dekat sekolah harian biasa, competition untuk belajar dengan orang yang pandai-pandai maybe kurang. kalau dulu, aku sekolah harian biasa, aku selalu compete dengan student chinese and indians yang sangat gila pandai. selalu exam, A tu memang dalam tangan mereka lah. aku boleh nganga-nganga sambil terbeliak mata tengok dorang boleh pandai macam tu

tapi aku tahu, nak seribu daya tak nak seribu dalih kan. kalau kau nak something, you must push yourself to get what you want. aku nak dapat straight A, aku usaha ke arah tu. tak kisah aku sekolah mana pun, aku tetap nak jugak. so, intention tu sangat penting. tetapkan niat, supaya kita tahu kehendak kita. macam aku kata, belajar mana-mana pun sama je. yang penting diri sendiri yang nak belajar kan. bukan orang lain. abaikan apa orang cakap. anggap kritikan sebagai pemangkin untuk terus berjaya

kat mana korang nak belajar, tu terpulang. sekolah asrama penuh, maktab rendah sains mara, sekolah teknik, sekolah harian biasa. semua sama je. cikgu best ke tak, abaikan je. kita yang nak belajar, kita tahu source mana kita nak refer. kalau cikgu tu tak best, kita cari cikgu lain. kat sekolah kan ada cikgu ajar pasal self-learning right ? hah ! try do by your own oke. 

tak tahu nak buat self-learning ? try buat study group, then ask the kaunselor pasal self-learning. kenapa aku cakap buat self-learning ? sebab kalau masuk universiti, self-learning sangat penting. mana ada lagi cikgu suruh buat itu ini kalau dah kat U. semua kita kena buat sendiri oke. nak kena buat revision, nak kena buat assignment, buat group work, buat consultation dengan lecturer. nak meronggeng ( oke ni tak wajib, tapi aku wajib BUAT ) so, try practise the self-learning. tak susah 

NASIHAT

adik-adik yang pandai dan bijaksana.

belajar mana-mana pun oke lah. aku dulu memang mengharap nak masuk sekolah berasrama penuh sebab teringin nak merasa duduk dengan students yang meletup hebat-hebat. tapi aku tak kuat duduk asrama. sepanjang aku kat sekolah biasa, aku tak pernah tidur dalam class, tapi bila masuk boarding school aku tidur dalam class sebab aku ngantuk sangat. pernah one day, cikgu start mengajar, aku pun start tidur. sampai cikgu habis mengajar, aku baru bangun tidur. it's wasting ! right ?

maybe aku bukan ditakdirkan duduk boarding school kan. bagi mereka yang dah biasa duduk asrama, maybe the problems that I'm faced tak akan berlaku. 

well. belajar sampai ke mana pun. pastikan niat dalam hati kena betul. BELAJAR KERANA ALLAH. pastikan redha ibu bapa sentiasa mengiringi adik-adik. pasti berjaya. orang belajar ni lagi senang dari orang bekerja tau ( ceh nasihat macam dah kerja, padahal ada 4 sem lagi nak tempuh ) HAHAHA

anak beruang makan lepat
selamat berjaya sampai jadi hebat


sekian untuk pantun yang tak cukup kerat ni. haha

 
 

 

9 comments:

  1. hehehe..setuju bona lah dengan pendapat cik ni ..belajar ni takdo yo alasan2..kalau boto2 nak berjayo dlm hidup ..usoho tu ponting lah....
    oghang yang byk bagi alasan ni ..samo macam oghang yahudi zaman dolu2...bolum buek laei dah bagi alasan bodo2...


    hehehe >_< maaf tiba2 mood bahasa kampung terkeluar..harap fahamlah yea...wakakakakkk..
    good sharing sis ...keep it up :)

    ReplyDelete
  2. kita pun sekolah biasa je,.alhamdulilah ada rezeki sambung pengajian di dalam bidang kejuruteraan di universiti..mohon padanya..

    ReplyDelete
  3. saya pun dari sekolah biasa,not from other 'branding' school, but i got to achieve some awards in university, sometimes people said that who are you in the future, depend who are you now, tpi quote ni kdg2 tak boleh pakai. semua terletak pada usaha kita kan :)

    ReplyDelete
  4. terasa cam nak kembali bersekolah pulak... zaman skrng ngan dulu sgt2 lain tau . hehehe ape pun mama lynn adalah spm batch 2000 .kira okeyh lg la blajar time tu..

    ReplyDelete
  5. @ wanabee : betol2. sokong sangat2. errkk. terputar lidah nak baca hahaha

    ReplyDelete
  6. @ ijaa : takpe tau. belajar mana-mana, kalau dah rezeki kita dapat belajar kat U, memang akan dapat (:

    ReplyDelete
  7. @ suraya aris : betol. kalau usaha kita kuat, kita layak dapat ganjaran setimpal dengan apa yang kita usahakan ^^, bydway, congrates

    ReplyDelete
  8. @ mama lynn : woww ! lama tu. tym tu MSB baru drjah 4. hehee

    ReplyDelete
  9. salam . akak betulke kite kalau x masuk sbp pun boleh dpt result gempak ? .dulu saya straight A pmr . tapi satu tawaran asrama pun saya x dpt. mungkin result saya x bagus agaknya. habis kering dah air mata ni .bukan rezeki agaknya . tapi kak ..asal kite belajar sungguh sungguh boleh kan ?

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good